≡ Menu

Kandungan Lemak Dalam Makanan

Kandungan lemak yang berlebihan dalam badan boleh membahayakan kesihatan anda. Antara penyakit yang berisiko kepada badan anda ialah :

  1. Diabetes
  2. Pelbagai jenis sakit kanser
  3. Berat badan terlebih muatan
  4. Paras kolesterol naik mencanak

Orang ramai kerap tidak mengambil peduli dalam hal kesihatan badan akibat lemak kerana ia amat jarang berlaku. Namun, lebih elok jika anda dapat mengelakkan diri anda daripada menghidap penyakit berkaitan lemak badan daripada menanggung kos perubatannya.

Antara langkah pertama yang paling penting dalam menjaga kandungan lemak dalam badan ialah mengawal pemakanan kita.

Kita harus berwaspada kepada kandungan makanan yang boleh menambah lemak dan berat badan. Melawan nafsu ingin makan makanan yang enak adalah perkara yang sukar namun kita harus tanamkan disiplin diri dalam bab penjagaan kesihatan badan.

Untuk pengetahuan am, bagi seorang dewasa keperluan harian pengambilan lemak dalam makanan adalah antara 45 gram ke 65 gram sehari. Berikut adalah senarai makanan dan jumlah berat lemaknya.

  • Satu keping roti canai  =   10 gram lemak
  • Satu keping roti naan   =   7.6 gram lemak
  • Satu keping roti telur   =   13.5 gram  lemak
  • Satu keping karipap    =  10 gram lemak
  • Satu burger daging   =  30 gram lemak
  • Satu ketul ayam goreng  =  20 gram lemak
  • Satu pinggan mi goreng  =  20 gram lemak
  • Satu pinggan nasi beriani  =  15 gram lemak
  • Satu bungkus kentang goreng  =  15 gram lemak
  • 10 cucuk satay  =  19.6 gram lemak
  • Satu pinggan nasi goreng  =  25.1 gram lemak

Kami berharap berdasarkan senarai di atas, anda boleh mengurus jumlah dan jadual makan anda supaya bersesuaian diet anda.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend