,

Kelebihan dan Jenis Lafaz Niat Puasa Sunat

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Amalan yang banyak keistimewaannya ialah puasa sunat kerana ia amat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan untuk mengharapkan keredhaan, keampunan dan mendekatkan diri dengan Allah.

Puasa sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa jika seseorang itu berkemampuan kecuali pada hari diharamkan atau makruh untuk berpuasa.

Dalam majlis ilmu yang dihadiri, penulis dapat menggariskan beberapa kelebihan puasa sunat antaranya seperti berikut.

Kelebihan Puasa Sunat

Tanda bersyukur kepada Allah atas rezeki serta kurniaan nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya. Berpuasa juga membantu memelihara kesihatan jasmani dan rohani.

Berpuasa juga dapat mendidik nafsu amarah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram.

Puasa juga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasa ia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain.

Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan.

Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran

Kesimpulan

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah Puasa sunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasa sunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.

Antara lain kelebihan Puasa Sunat adalah dapat membantu meningkatkan kekuatan serta persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan

Jenis Bacaan / Lafaz Niat Puasa Wajib Dan Sunat
Berikut adalah lafaz niat (bacaan rumi) puasa wajib dan juga lafaz niat puasa dalam bulan atau hari yang disunatkan berpuasa

BACAAN NIAT PUASA WAJIB

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Yang Sempurna
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala”

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Ringkas
“Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Qadha’ Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana ganti daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Qadha’ Ramadhan beserta dengan niat Puasa enam Syawal
“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

BACAAN NIAT PUASA SUNAT

Lafaz Niat Puasa Nazar
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan nazar fardhu kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam Syawal
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Hari Isnin/ Khamis
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Isnin/ Khamis kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Sya’ban
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Sya’ban kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Tasu’a (9 Muharam)

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Tasu’a kerana Allah Taala”

Lafaz Niat Puasa Sunat Hari ‘Asyura’ (10 Muharam)

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari ‘Asyura’ kerana Allah Taala”

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • kelebihan puasa sunat
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *