≡ Menu

Kenali Apa Itu Monosodium Glutamate atau MSG

Jika disebut Monosodium Glutamate perkara pertama yang terlintas di dalam minda anda adalah Mee Maggie. Ia adalah makanan segera yang amat popular dengan harga yang murah beserta rasanya.

Monosodium Glutamate atau lebih popular ngan nama MSG (E621) adalah bahan kimia yang dicampurkan dalam makanan tawar untuk menyedapkannya. Selain tu MSG juga digunakan sebahagian bahan yang dimasukkan dalam makanan yang telah diproses untuk mengembalikan ‘perisa’nya yang hilang semasa pemprosesan.

MSG dikategorikan sebagai bahan penambah perisa. Ia adalah bahan kimia yang kurang berperisa dengan sendirinya, namun apabila dicampurkan atau digabungkan dengan bahan lain, ia akan menambah perisa atau/dan baunya.

Biasanya ia akan dicampurkan dalam kebanyakan sup yang diproses dan dipaket, mi perisa, sos, kentang goreng, sosej, keju, biskut tawar, kicap makanan segera dan banyak lagilah makanan lain yang selalunya diproses dan ditinkan.

Wanita hamil dan kanak-kanak dinasihatkan supaya mengelak makanan atau setidak-tidaknya mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

MSG adalah garam natrium asid glutamik iaitu asid amino yang terkandung dalam semua protein dan pelbagai jenis makanan.

Dalam keadaan semulajadi dan bila ia digunakan sebagai protein, ia sentiasa bergabung dengan asid amino lain tanpa kelihatan mempunyai sebarang kesan buruk. Namun, apabila ia diasingkan daripada asid amino lain yang biasa terikat dengannya dan digunakan sebagai bahan penambah perisa makanan, ia juga boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Kesan MSG ke atas kesihatan

  • Debaran jantung
  • Sakit dan pening kepala
  • Otot mengeras
  • Rasa loya
  • Kebas pada belakang tengkuk hingga ke bahagian lengan dan belakang badan
  • Berdenyut-denyut pada bahagian muka, belakang dan lengan
  • Murung dan ‘mood’ tidak menentu
  • Dikatakan juga mampu mencetuskan asma dan neurotoksin

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • apa itu Asid glutamik
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend