,

Kenali Khasiat Kangkung

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kangkung adalah sejenis sayuran yang banyak tumbuh di lokasi yang lembap dan berair. Ia adalah antara salah satu sayur-sayuran yang mudah dijumpai di seluruh negara. Seperti sayur-sayuran lain, kangkung juga mempunyai khasiatnya tersendiri dan digunakan untuk pelbagai tujuan.

Khasiat kangkung dari segi nutrisi pula, ianya kaya dengan vitamin K, serat, dan ia juga rendah kalori.

Kangkung juga sejenis sayuran yang cukup kaya ngan khasiat dan nutrisi untuk mengubati pelbagai penyakit dan permasalahan termasuk buasir, bisul, campak air, kelemumur, ulser dalam mulut dan juga sembelit.

Berikut adalah petua yang diamalkan orang-orang tua yang ingin kami kongsikan berkaitan kangkung.

Pelbagai Khasiat Kangkung

Bisul

  1. Cuci beberapa helai daun kangkung
  2. Tumbuk atau kisar hingga lumat.
  3. Campurkan sedikit garam
  4. Tampalkan ramuan tu pada tempat yang kena bisul. Balut dengan kemas.
  5. Gantikan tampalan dengan tampalan yang baru 2 kali sehari. Lama-kelamaan bisul tersebut akan pecah, menyusut dan terus sembuh.

Buasir

  1. Ambil akar kangkung sebanyak 3 genggam.
  2. Cuci dan rebuskan dengan tiga gelas air hingga tinggal lebih kurang 1 setengah gelas.
  3. Tapis dan ambil airnya, biarkan sejuk dan minum 2 kali sehari.
  4. Minum pada waktu pagi dan petang sebanyak setengah gelas saja setiap kali.

Sakit Gigi

  1. Ambil satu genggam akar kangkung.
  2. Tambahkan setengah sudu teh cuka dan satu gelas air.
  3. Rebuskan kesemuanya.
  4. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk berkumur-kumur.

Dikatakan ia dapat membantu meredakan sakit gigi.

Hidung Berdarah

  1. Ambil seikat daun kangkung segar.
  2. Cuci dengan bersih dan tumbuk/kisar hingga halus.
  3. Tambahkan sedikit gula dan bancuh dengan air panas.
  4. Apabila telah sejuk, tapis dan minum airnya dua kali sehari.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *