≡ Menu

Kenali Warna Air Kencing

Air kencing sepatutnya berwarna keperangan yang menunjukkan seseorang itu sihat. Walau bagaimanapun, tahap keperangan atau kekuningan kat air kencing tu boleh jadi berbeza bergantung kepada jumlah air yang dia dah telan.

Seseorang yang meminum air yang banyak, mengikuti saranan doktor, maka lazimnya air kencingnya akan kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan bahawa individu itu sihat wal’afiat.

Jika badan seseorang itu kekurangan air, air kencing mereka akan berwarna perang gelap. Disarankan mereka minum air dengan segera.

Selain faktor warna, tanda-tanda lain di air kencing juga harus diperhatikan. Sebagai contoh ialah seseorang yang menghidap kencing manis, tidak lama selepas membuang air kecil semut akan mula menggerumuni air kencing itu.

Tanda-tanda lain yang harus diperhatikan pada air kencing seperti bau yang kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tak ada kaitan dengan makanan, ubat-ubatan atau sebarang supplemen yang diambil. Jika anda mendapati apa-apa yang kelainan disarankan anda berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend