Kenapa Suami Tiba-Tiba Berubah Sikap Dan Dingin

by Fiza on December 15, 2016

Kerap sekali punca keruntuhan kebahagiaan rumahtangga dikaitkan dengan si suami, malah perkara ini dikukuhkan lagi dengan paparan berita suami-suami yang tidak bertanggungjawab atau curang dengan isteri.

Namun, bukan semua suami mempunyai sikap yang sama dan ada juga yang berhati baik dan si isteri sebaliknya. Jika seorang suami menolak layanan isteri, mungkin ada yang mengganggu dirinya. Di sinilah isteri memainkan peranan dalam mencari punca yang mengganggu si suami dan jika ia dibiarkan, konflik yang wujud berkebolehan meruntuhkan rumah tangga yang dibina.

Sebelum membuat andaian negatif terhadap si suami, si isteri perlu menilai kembali peranannya sebagai seorang isteri. Tanya diri sendiri jika mereka telah membuat yang terbaik untuk si suami.

Antara punca suami tiba-tiba berubah sikap dan menjadi dingin adalah :
Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan isteri tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya.
Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali
menolak pelawaannya untuk melakukan seks
Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika boleh beri lebih
daripada itu pastinya akan menambah lagi sayang seorang suami kepada isterinya

Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja.
Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan.
Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian.
Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim

Berikut adalah senarai popular tanda-tanda suami curang :

Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja.
Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Myportal.My untuk mencari kerja kosong di sini

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini