≡ Menu

Khasiat Badam

Badam adalah pokok deciduous kecil yang tergolong kepada subkeluarga Prunoideae dari keluarga Rosaceae; badam juga buah-buahan dari pokok ini. Tumbuhan ini dikelaskan dengan peach dalam subgenus Amygdalus didalam Prunus, dibezakan dari subgenera lain oleh biji kulit beralun.

Isi manis luar yang meliputi seperti plum dan ceri, digantikan oleh yang lazimnya dipanggil kacang dalam istilah masakan.
Menurut kajian, badam mengandungi vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yang membantu meningkatkan aliran darah. Amalan makan badam juga dikatakan turut membantu menambahbaik kesihatan pada organ terutamanya hati.

Badam Membantu Membakar Lemak

Badam membantu pembakaran lemak badan, sekaligus membantu menurunkan berat badan. Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, pengambilan satu genggam badam setiap hari bersama menu diet sihat boleh membantu membakar 18 peratus lebih banyak lemak berbanding kategori diet yang tak memakan badam.

Dalam satu kajian lain pula dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolesterol LDL sehingga 12 peratus. Jadi, badam bagus untuk jantung selain membantu membakar lemak.

Khasiat Minyak Badam

Badam boleh menghasilkan minyak. Ia adalah pelembap semulajadi untuk membantu penjagaan kulit daripada mudah kering. Minyak badam secara semulajadinya memberikan makanan dan meng’hidup’kan kembali sel-sel kulit yang mati.

Dan minyak yang ada dalam estrak badam juga dikatakan berkesan untuk mengubati masalah rambut, terutamanya yang menghadapi masalah rambut gugur. Minyak badam turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

 

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend