Khasiat Burung Merpati

Terdapat segelintir individu yang gemar memakan makanan yang eksotik seperti telur penyu, daging arnab, daging unta, belut dan lain-lain. Mungkin senarai berikut tidaklah terlalu eksotik tetapi bagi yang mengamalkan hidangan harian yang biasa perkara ini mungkin dipandang aneh.

Dalam subjek makanan, ada juga yang memakan makanan eksotik atas sebab khasiatnya seperti burung merpati. Burung merpati mempunyai banyak khasiat dan di sini kami ingi kongikan khasiatnya dengan anda.

Khasiat Daging Burung Merpati

Cara menikmati daging burung boleh mengikut kreativiti yang pelbagai masing-masing. Barbecue atau masak gulai. Tetapi satu cara yang sangat digalakkan terutamanya bagi wanita ialah membuat sup burung merpati.
Dikatakan amalan makan burung merpati yang jantan, dapat membantu mengubati penyakit-penyakit berikut:
  • penyakit lembik.
  • penyakit kebas-kebas badan.
  • penyakit lumpuh.
Menurut orang tua-tua dahulu, amalan memakan burung merpati betina pula ialah:
  • Menguatkan tenaga jimak
  • Dapat memanjangkan umur

Khasiat Sup Burung Merpati Untuk Wanita

Menurut kata-kata orang tua-tua dahulu, jika terdapat gadis yang mengalami masalah selaput dara terkoyak, makanya mereka akan syorkan gadis tersebut memakan sup burung merpati.

Untuk menilai tahap keberkesanannya pula, dikatakan mungkin berminggu dan mungkin ada yang sampai sebulan dua. Cuma katanya orang yang mengalami masalah tersebut boleh merasai bahawa selaputnya daranya telah pulih kembali selepas mengamalkan makan sup burung merpati sebanyak 2-3 kali seminggu.
Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Malaysiaviralstory ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*