≡ Menu

Khasiat Daun Lidah Buaya Atau Aloevera

Pokok lidah buaya adalah salah satu daripada 250 spesies tumbuhan Aloe di serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli di bahagian timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar.

Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.

Khasiat Daun Lidah Buaya

  1. Melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
    • Cecair atau lendir yg ada dalam daun lidah buaya dikatakan boleh menyuburkan rambut dan menanggalkan kelemumur apabila dilumurkan atau disapukan pada rambut ketika hendak tidur pada waktu malam. Amalan petua nie bagaimanapun perlu dilakukan setiap malam atau sekerap yang mungkin. Biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan memang akan mendapat hasil yang memuaskan. InsyaAllah.
  2. Mematikan pigmen hitam dan melicinkan kulit
    • Amalkan menyapu lendir lidah buaya pada kulit muka sebelum tidur kerana ia dapat melicinkan kulit dan mematikan pigmen hitam yang ada pada muka anda. Amalan ini juga mungkin lebih baik daripada memakai losyen atau krim aloe vera yang bercampur ngan bahan kimia lain kerana mungkin tidak sesuai dengan kulit kita.
  3. Menyembuhkan luka kecil
    • Lendir lidah buaya juga dikatakan boleh mempercepatkan proses penggantian sel, mencantumkan luka-luka, merawat kudis, gatal-gatal dan mengelakkan jangkitan.
    • Bagi yang terkena bisul, anda boleh juga sapukan lendir lidah buaya yang dicampur ngan sedikit garam di sekeliling bisul untuk meredakan denyutan sakit bisul tu.
  4. Khasiat Jus Aloe Vera
    • Cuba ambil beberapa daun lidah buaya, bersihkan dan kendian ‘blend’ untuk dijadikan jus. Boleh kat campur ngan sedikit gula sebagai menambah perisa. Namun,  jikalau jus tersebut diminum jus dengan mentah tanpa mencampur bahan lain hasilnya akan menjadi lebih mantap.
    • Dikatakan bahawa jus aloe vera atau jus lidah buaya ini boleh mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, sakit sendi, buasir dan sembelit.
    • AWAS.. wanita yang sedang hamil ditegah untuk minum jus lidah buaya ini kerana ia boleh memudaratkan kandungan dan kesihatan ibu itu sendiri.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend