Khasiat Daun Pegaga

by Fiza on December 8, 2016

Daun pegaga amat terkenal di kalangan penduduk kampung. Ia kerap dijadikan ulam dan diamalkan oleh orang-orang tua dahulu kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, mengecutkan peranakan, mengubati gatal pada bahagian vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan juga mengubatkan darah tinggi. Bahkan daun pegaga juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.

 

Ini antara beberapa khasiat daun pegaga :

Hilangkan Bintik Hitam di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kendian dicampurkan dengan bedak sejuk sangat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

 

Ambil sepuluh helai daun pegaga dan cuci dengan air garam dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan air garam beserta bedak sejuk yang ditambah dengan sedikit air suam.

 

Ratakan campuran tu pada muka pada sebelah malam dan bersihkan pada keesokan hari. Amalkan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam kat muka tu hilang.

 

Serikan Wajah Dengan Daun Pegaga

 

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan. Selepas itu tapis rebusan dan biarkan ia sejuk. Minumlah air rebusan sekali sehari selepas makan malam. Amalkan tiga kali dalam seminggu dan wajah anda akan kelihatan lebih berseri.

Petua Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah amalkan makan pucuk pegaga yang dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam gulai. Amalan ini dikatakan akan membantu mengecutkan peranakan wanita.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • khasiat ulam pegaga

Komen Disini