Khasiat Kunyit

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.

Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Halia

Halia mempunyai rupa yang hampir sama dengan kunyit namun perbezaan yang paling ketara ialah warna kunyit yang lebih terang daripada halia.

Manfaat Kunyit

Merawat Kulit Melecet

Caranya  ialah ambil satu batang kunyit hidup dan belah kepada beberapa potongan kecil (seumpama memotong hirisan timun). Lalu gosokkan perlahan-lahan isi kunyit pada bekas yang melecet.

Merawat Kudis Kecil

Petua ni lebih kepada luka-luka kecil atau kudis kecil yang biasanya dialami kanak-kanak . Ambil sebuku kunyit dan tumbuk hingga halus. Kemudian campurkan dengan empat sudu minyak kelapa. Panaskan kesemua bahan tersebut lebih kurang 3 minit. Biarkan ia sejuk lalu sapukan pada bahagian yang berkenaan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Khasiat Kunyit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend