Khasiat Lobak Merah Atau Carrot

by Fiza on December 12, 2016

Tidak dinafikan bahawa sayur-sayuran banyak memberi khasiat kepada tubuh badan. Sebagai contoh, lobak merah menyediakan vitamin A dan lain-lain khasiat kesihatan yang mengagumkan seperti pencegahan kanser dan anti-penuaan. Ketahui cara mendapatkan kebaikan ini daripada sayur ini.

 

1. Menambah Baik Penglihatan

Ada juga kebenaran disebalik petua yang mengatakan bahawa lobak merah bagus untuk mata anda. Lobak merah mengandungi beta-Karotena yang ditukarkan kepada vitamin di dalam hati anda . Vitamin A bertukar kepada rhodoposin di dalam retina mata, pigmen ungu yang penting untuk penglihatan malam.

Beta-carotene has also been shown to protect against macular degeneration and senile cataracts. A study found that people who eat large amounts of beta-carotene had a 40 percent lower risk of macular degeneration than those who consumed little.

Beta-Karotena juga terbukti ia boleh melindungi anda daripada degenerasi makula dan katarak nyanyuk. Satu kajian yang dijalankan mendapati individu yang memakan jumlah beta-karotena yang banyak, kurang berisiko dalam degenerasi makular sebanyak 40%.

2. Membantu Mencegah Kanser
Kajian menunjukan bahawa lobak merah mengurangkan risiko kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser kolon. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang dihasilkan oleh lobak merah untuk melindungi akarnya dari penyakit fungi. Kompoun ini biasanya dijumpai di dalam lobak merah. Kajian menunjukkan risiko 1/3 lebih rendah dalam tikus yang memakan lobak merah.

3. Melambatkan Proses Penuaan
Kandungan tinggi beta-karotena dalam lobak merah bertindak sebagai antioksida terhadap kerosakan sel badan melalui metabolisme biasa. Ia membantu melambatkan proses penuaan sel.

4. Menggalakkan Kulit Sihat
Vitamin A dan antioksida melindungi kulit daripada sinaran matahari. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kekeringan kepada kulit, rambut dan kuku. Vitamin A mencegah kedutan pramatang, jerawat, kulit kering, pigmentasi, kecacatan kulit dan tona kulit yang tidak sekata.

5. Mencegah Infeksi
Lobak merah diketahui oleh pakar herbal untuk mencegah infeksi. Ia boleh digunakan ke atas luka – dicincang mentah atau direbus dan ditumbuk.

6. Menggalakkan Kulit Sihat (Dari Luar)
Lobak merah digunakan sebagai topeng muka yang murah dan mudah. Campurkan parut lobak merah dan sedikit madu.

7.Mencegah Penyakit Jantung
Kajian menunjukkan bahawa diet yang tinggi dalam karotenoid dikaitkan dengan risiko rendah dalam penyakit jantung. Lobak merah bukan sahaja mempunyai beta-karotena malah alpha-karotena dan lutein. Penggunaan yang kerap boleh juga mengurangkan kadar kolestrol kerana serat larut dalam lobak merah terikat dengan asid hempedu.

8. Membersihkan Badan
Vitamin A membantu hati membuang toxin daripada badan. Ia mengurangkan hempedu dan lemak dalam hati. Serat di dalam lobak merak membersihkan kolon dan mempercepatkan pergerakan air.

9. Lindungi Gigi dan Gusi
Lobak merah membersihkan gigi dan gusi anda. Ia mengikiskan plak dan sisa makanan bagaikan berus gigi atau ubat gigi. Lobak merah merangsangkan gusi dan mencetuskan pengeluaran air liur. Mineral di dalam lobak merah mencegah kerosakan gigi.

10. Mencegah Strok
Berdasarkan khasiat yang diberikan, tidak hairanlah bahawa kajian Harvard University menunjukkan orang yang memakan lima atau lebih lobak merah kurang mendapat serangan strok berbanding mereka yang memakan satu lobak merah sehari.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • khasiat lobak merah
  • kajian lobak merah
  • kebaikan lobak merah untuk kulit
  • khasiat carrot

Komen Disini