, , ,

Khasiat Sayur-Sayuran Hijau

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kita selalu digalakkan memakan sayur-sayuran hijau kerana khasiat yang diberinya.

Walaupun ia tidak disukai dan bukan pilihan utama dalam menu makanan harian kita, tidak dinafikan sayuran hijau banyak memberi manfaat kepada kita. Berikut adalah senarai sayuran dan khasiatnya.

Khasiat Sayur-Sayuran Hijau, manfaat sayur-sayuran hijau, kebaikan sayur-sayuran hijau, khasiat sayur-sayuran hijau

Asparagus


Kandungan: Kaya ngan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C dan niasin.

Khasiat: Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan eczema. Ia juga mengandungi unsur yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Bayam

Kandungan: Vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium, potasium, magnesium, mangan dan zink.

Khasiat: Mencegah anemia dan menambah tenaga.

Brokoli

 

Broccoli

Kandungan: Vitamin A, E, C, karotenoid dan asid folate.

Khasiat: Melambatkan penuaan kulit dan mencegah sembelit.

Kacang Buncis


Kandungan: Kaya dengan protein dan vitamin.

Khasiat: Membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah.

Kucai

Kandungan: Vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang.

Khasiat: Membantu mengubati penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi, sembelit dan melancarkan pengaliran darah.

Pegaga


Kandungan: Vitamin A, C dan zat besi.

Khasiat: Mencerdaskan pemikiran terutamanya untuk kanak-kanak dan menyembuhkan luka dan kerengsaan kulit.

Peria

Kandungan: Bahan menyerupai insulin.

Khasiat: Penawar kencing manis, menurunkan paras gula dalam darah dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Salad


Kandungan: Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, magnesiumdan zink.

Khasiat: Bertindak menenangkan fikiran, mengandungi karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

Sawi


Kandungan:  Vitamin A, B, B2, B6, C, zat besi dan protein.

Khasiat:  Mencegah hipertensi dan anemia bagi ibu hamil serta melancarkan pencernaan.

Seleri


Kandungan:  Kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitamin A, B-kompleks dan vitamin C serta magnesium.

Khasiat:  Membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *