≡ Menu

Khasiat Timun

Timun adalah sejenis sayuran yang mudah didapati di samping harganya yang murah. Oleh kerana itu bagi kebanyakan orang, timun mungkin dipandang ‘sebelah mata’.
Namun timun mempunyai banyak khasiat dan manfaat kepada badan manusia yang mungkin ramai tidak tahu. Timun juga kerap digunakan dalam menjaga kecantikan muka untuk menghilangkan kedut di bawah mata.

Manfaat Timun

Melawaskan Air Kencing

Amalan minum pati timun membantu melawaskan air kencing. Caranya ialah dengan mencampur satu gelas pati buah timun dengan satu sudu teh madu dan satu sudu teh limau nipis yang segar. Minum ramuan ini sebanyak dua kali sehari.

Merawat Ulser Mulut

Bagi sesiapa yang kena ulser, satu kaedah rawatan tradisional ialah dengan makan timun segar. Kalau boleh makan timun bagaikan seekor arnab memakan sebatang lobak merah. Anda juga boleh memotong timun nipis-nipis dan makan sambil menonton TV.

Merawat Cirit-Birit Kanak-Kanak

Sediakan sebiji timun, cuci bersih-bersih dan rebus. Timun rebus tu kemudiannya dilumatkan atau dikisar untuk mendapatkan airnya. Tapis dan ambil air patinya kemudian campur dengan sedikit madu. Minum jus tu sehingga kesan cirit-birit reda dan beransur pulih.

Tekanan Darah Tinggi

Sesiapa yang ada penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi disyorkan untuk amal minum air timun. Sediakan dua biji timun, cuci, parut dan perah airnya. Amalkan minum airnya 2-3 kali sehari. InsyaAllah, penyakit darah tinggi tu akan berkurangan.

Menyembuhkan Bisa Sengatan Lebah

Kupas dan potong sebiji timun kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian kisar potongan timun tu sehingga menjadi cairan yang pekat. Pekatan timun tu kemudian disapukan atau kalau boleh rendam bahagian yang disengat lebah tu selama satu jam. Dengan izin Allah, rasa bisa, gatal dan bengkak akibat sengatan lebah tu akan beransur-ansur hilang.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • khasiat timun
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Next post:

Previous post:

Send this to friend