Kisah Pengalaman Saya Bekerja Di Cafe Hispter

Sementara nak kumpul duit ni, aku decide untuk bekerja. Ada vacancy untuk satu kedai makan yang boleh dikategorikan as a café lah jugak. Mulanya aku takde pilihan sebab café tu dekat dengan kawasan rumah, nak kerja jauh-jauh, aku ni tak berlesen lagi. Kiranya aku kerja untuk kumpul duit ambil lesen lah jugak.

Baru First Day Kerja Dah Macam Kerja Bertahun Dibuatnya

First day kerja untuk training aku dah macam kerja bertahun kat situ. Waiter dengan waitress yang lain ada lah guide sikit sikit. Contoh macam hafal number meja, short-form untuk tulis menu, suggestion untuk customers. Tak logic lah kalau first day kau tak buat silap langsung. The same goes to me.

Masa tengah peak hours tu, aku tengah angkat dulang nak hantar air kat Table 3 (contoh, aku tak ingat table number berapa haritu), ada sorang pekerja ni letak dessert atas dulang air tu “Hantarkan ni sekali” Itu aje yang dia sebut, sambil sambil tu dia tengah prepare kan serving yang lain. So aku yang tengah nak cepat deliver air ni pun just tanya “Hantar sekali?”. Dia angguk. So aku ingat tu dessert Table 3. Dalam 10 minit macamtu, ada customer dari Table 8 datang kat kaunter. Tanya mana dessert dia. So yang lain pandang aku, “Mana dessert tadi?” Mestilah aku terpinga-pinga. “Eh, tadi kata hantar sekali. Bukan Table 3 punya?”

Sorang pekerja nama J tempik “Eh bukaaaan, ambil balik dessert tadi!” Table 3 ni pun satu, masa aku hantar dessert sebut air dengan dessert tu dia angguk je. Bila aku patah balik tanya “Ada order ni ke tadi?” Dia boleh sengih “Tak, tak order pun” Tapi dia dah selfie dengan boyfriend dia, siap snap gambar makanan/minuman & dessert dia cecantik tak cakap pape bila aku lalu sebelah table. Berapi betul. Aku ambil lah balik dessert tu bawak ke kaunter. Customer Table 8 reject. Dah taknak dessert tu.

J bersuara tanpa pandang aku. “Masalah lah, salah hantar bagai” Aku baru kerja 2-3 jam tau bukan 2-3 hari. Mentang-mentang lah J dah kerja nak dekat setahun kat situ. Ada sekali tu, aku nak confirmkan balik tu Table yang patut aku serve makanan dia. Aku selisih dengan pekerja A. “Eh weh, Table 20 yang tepi tiang tu kan?” He rolled his eyes as he said “Iye”. Si A ni pulak dah kerja 4 bulan macamtu. Manners mana?

Time time nak closing cafe, J suruh aku simpan barang dalam peti ais. Kitchen pun aku tak jejak lagi. Bila aku tanya peti ais yang mana, kat mana (ada 5 peti ais). Simple je dia jawab. “Belakang”
Nasib baik lah ada pekerja nama Q yang banyak tunjuk itu apa ini apa untuk apa semua. J? Tahu mengarah je. Lagipun J peduli apa dengan pekerja lain, dia couple dengan manager situ. Kadang pun diorang duk bermanja depan mata aku. Ulik sana ulik sini. Berbulu mata aku.

Masuk Second Day Kerja Aku Dah Start Tak Selesa

Dua hari kerja situ, aku sebenarnya dah tak selesa. Sebab kemudahan untuk solat dia. Aku bukan lah baik umpama malaikat pun, tapi bila kau bekerja tak solat, rasa macam tak berkat rezeki tu, kan? Aku macam terkejut bila dapat tahu, bilik yang disediakan untuk solat cuma ada satu. Itu pun, lelaki perempuan campur. Bilik tu muat untuk 2 orang solat je. Time tu lah customer nak solat, time tu lah pekerja nak solat. Mana muat & mana sempat. Tempat ambil wuduk cuma di bilik air. Itu pun, lagi laju air kencing rasanya dari air paip tu. Bila aku observe, 3 dari 10 pekerja je yang solat. Bahagian kitchen wallahualam, aku banyak buat kerja bahagian depan café. Ni aku cerita bahagian depan.

Hari lain, aku ditugaskan untuk lap utensils. Yang aku nampak cuma kain buruk yang dah dibasuh. Kain semalam yang guna untuk lap meja, bau macam harom. Cara basuh, rendam dengan air panas & softlan. Perah & jemur. Aku tanya J, “Mana kain khas untuk lap sudu garfu?” Kau tahu dia jawab apa? “Pakai je kain mana mana ni” Sambil dia tunjuk kat kain Good Morning yang buruk hitam lusuh dan busuk meskipun dah basuh waktu closing semalam.

Aku ni dah lah germ phobia. Sikit sikit lepas lap meja atau angkat pinggan kotor aku pergi basuh tangan. Ni ke tahap ke-hygiene-an kau kerja kat sini? Punya ramai pekerja kat situ, kenapa takde siapa pun fikir untuk asingkan kain lap utensils dengan meja? Bila aku tegur or bagi suggestion guna kain lain yang bersih & khas kan untuk utensils, aku tak dilayan. Sebab apa? Sebab aku budak baru.

Cawan-cawan dengan sudu dessert pun kadang dibasuh dalam baldi yang dah bertakung air. Bukannya air paip lalu. Sebabnya, bila orang kitchen bukak paip sinki belakang, sinki bahagian depan takde air. So diorang prepare air dalam baldi. Berapa banyak kau celup sudu cawan semua tu, bersih 100% ke? Aku serba salah sebab aku nampak semua tu.

Yang aku pelik, orang selalu makan tak habis. Kadang tu, nampak macam dia jamah satu suap je. Bila aku usya facebook café ni, review dia banyak yang negatif rupanya. Dari attitude staff sampai ke makanan. Feedback thumbs down. Tapi hari hari ramai orang. Layout yang hipster mungkin.

Hari seterusnya, bos ada buat makan makan dekat café tu untuk staff. Entah kenapa, aku berat hati nak join. Tapi sebab bos ni jenis baik hati, aku pun ikut makan sekali. Nak tahu apa jadi lepastu? Aku kena severe food poisoning! First time dalam hidup aku, aku muntah lebih 7 kali. Cirit tak payah nak cerita. Aku dah macam bertapak dalam bilik air. Bila dah keluarkan semua yang ada dalam badan, berputar angin dalam perut. Aku pulak ada gastric. Sakit dia, aku tak tahu nak describe macam mana. Staff lain pun aku dengar sakit perut tapi tak seteruk 3 staff yang severe ni, termasuklah aku. So, aku mc untuk sehari.

Esok tu, aku ingat dah elok, gastric pulak menyerang. Yang tak tahu sakit gastric ni macam mana, tak payah la nak imagine. Nak tak nak, aku terpaksa cuti dua hari. Hari pertama mak aku call manager dua tiga kali, dia tak angkat. Mak aku text, aku tak larat langsung nak pegang phone. Mak aku bagitahu sebab aku sakit, keadaan aku macam mana. Tapi dia tak respond. Balas message pun tak. Mana responsibility as a supervisor/manager towards your staff?

Hari kedua aku cuti tu, aku sampaikan pada staff lain untuk bagitahu dia yang aku still tak sihat. Aku tak tahu lah staff lain ni tak bagitahu ke apa, pastu si J dengan cold words message tanya aku tak datang lagi ke harini. Aku terangkan kat J keadaan aku macam mana. Di bluetick kan aku. Tetiba aku dapat message dari manager a.k.a pasangan J, “Lain kali kalau tak datang, bagitahu”

Ewah, kalau aku bagitahu kau tak respond. Aku pass kat pekerja lain, di sound nya aku. As a manager, sifat humanity towards staff pun tak dak. Tanya aku okay ke tak? Jauh sekali.

Hari seterusnya. Kebetulan manager ada buat jadual baru untuk staff. Ikutkan ada hari tu aku masuk pukul 5. Masa aku tengah siap siap, tiba tiba aku dapat call dengan text dari manager pukul 4:20 macamtu tanya mana aku ni, dah pukul berapa apa semua. Aku dah jammed. Argue punya argue, aku suruh dia refer jadual tu balik tengok nama aku. Aku masuk pukul 5. Terus dia bluetick kan aku tanpa jawab apa apa. Say sorry? Dia tak rasa dia perlu sebut sorry pada staff baru.

Hari ni, aku bangun dengan sakit perut indescribable tau tak . Pepagi buta aku dah pergi tandas sebab sakit perut. Sah, aku tak sihat lagi dari kisah food poisoning tu. Bila pergi klinik, doc suruh jaga makan. He told me he’ll give MC alongside with the medicine. Dengan gastricnya lagi. Katanya seminggu dua jugak aku tak boleh makan itu ini. Dia tambah ubat, total dari haritu dalam RM70. Siapa nak cover untuk medical staff? Diri sendiri.

Aku bagitahu manager aku tak dapat nak datang. Aku tak sihat. Lagipun punca aku tak sihat ni aku makan dekat café tu, bukan kat tempat lain. Kau tahu sebagai manager dia respond apa? “Mana boleh macamni, asyik mc je. Susahlah” On the spot aku berdoa biar dia rasa apa yang aku rasa masa aku sakit teruk haritu. Dalam kepala, memang nak resign. tapi pekerja lain ada jugak tanya khabar, dari side kitchen, side serving, barista. Diorang suruh aku chill dulu, jangan berhenti. Yang dia ni, boleh marahkan aku sebab sakit makan kat tempat dia?

Kerja Dekat Tempat Orang Asyik Cari Salah Kita Ja

Ye aku tahu adat bekerja, tak sempurna. Lagipun ni bukan kali pertama aku bekerja. Kalau aku tak perlukan duit, aku pun tak hadap untuk kerja dekat tempat yang orang asyik nak cari salah kita. Baru seminggu aku kerja kat sini. Dah macam macam jadi. Aku tak tahu lah ni petanda suruh aku berhenti kerja ke apa. Mental aku kuat lagi untuk hadap customer yang perangai macam-macam ni. Tapi dengan surrounding workplace, aku tak tahu aku patut go on ke tidak.

Ada yang boleh bagi advice atau suggestion? – Patung Makmal

Recent search terms:

  • pengalaman kerja cafe
  • pengalaman kerja di cafe

Komen Disini

Be the first to comment on "Kisah Pengalaman Saya Bekerja Di Cafe Hispter"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend