in

Senarai Doa Untuk Minta Jodoh Cepat & Baik Dalam Islam


Doa mohon jodoh disegerakan, Pastikan jika anda nak  memilih jodoh, doakan juga supaya anda dikurniakan jodoh yang baik baik akhlaknya, budi bahasanya dan bersopan santun.

Bagi anda yang masih bujang dan nak dipermudahkan mencari jodoh, kami kongsikan beberapa doa daripada Al-Quran dan ulama yang anda boleh amalkan dalam usaha meminta jodoh buat diri anda. Sebolehnya anda boleh amalkan selepas solat  kerana doa selepas solat merupakan antara doa yang dikabulkan oleh Allah S.W.T.

1. ‘Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiena imaamaa.’ AlQuran Al-Furqaan:74

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa

2. ‘Robbi laa tadzarni fardan wa antakhoirul waaritsin’

Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

3. ‘Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh’

Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

4. ‘Robb i hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddiniini waddunyaa wal aakhiroh’

Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.

5. ‘Allaahummaftahlii hikmataka wansyur ‘alayya min khozaa ini rohmatika yaa arhamar-roohimin’

Ya Allah, bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

6. ‘Robbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faqirr’ Al-Quran Surah Al-Qasas:24

Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

7. ‘Hasbunalloh wani’mal wakiil ni’mal maula wani’man nashiir’ Al-Quran Al-Imran:173

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Jangan berputus asa dalam proses mencari jodoh ini, kadangkala lambat kadangkala cepat, hanya berserah kepada yang maha berkuasa menentukan apa yang terbaik untuk kita, selebihnya kita perlu berusha, kerana doa tanpa usaha sia-sia, begitu juga usaha tanpa doa sombong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *