, ,

Korang nak sangat jadi bridesmaid kan? Nah, buat semua kerja ini

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

BEHIND THE SCENE: BRIDESMAID
Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih sebab up cerita aku. Aku di sini mewakili salah seorang bridesmaid nak mencelikkan minda netizen tentang behind the scene as a bridesmaid. So lets the story begini.

Sebagai seorang member, bila member baik kau kahwin, mesti kau takkan terlepas daripada menjadi senarai sebagai bridesmaid dia. Begitulah yang aku alami. Bila aku mendapat berita yang kawan baik sendiri nak kahwin, mestilah aku teruja.

Mostly orang cakap, bila pengantin adakan bridesmaid ini mesti ada bajet untuk buat baju bridesmaid. Hell no to us because kawan aku cakap, “Boleh tak kita buat collection as you become my bridesmaid?”. Dan aku sebagai kawan takkan nak menolak pula? Jadi dengan rela hatinya aku bersetuju sajalah sebab dah hari bahagia kawan aku, kan? Bermulakan investment on the fabric and tailoring so on dengan duit sendirian berhad.

Part kedua bermula bila aku ambil cuti daripada kerja memandangkan kenduri kawan aku pada hujung minggu sebab perjalanan ke tempat kenduri jauh. Tapi boss tak bagi cuti, jadi aku guna cuti hujung minggu sajalah.

Dia kenduri di utara, aku bekerja di selatan. Makan masa dalam separuh hari nak ke sana. Nak naik kapal terbang agak mahal sebab tak cukup bajet. Jadi setibanya di sana dengan bridesmaid yang lain (ada dari timur dan etc memandangkan ktiorang dah habis belajar dan bawa haluan masing-masing), si pengantin in pun jemput kitorang di stesen bas.

Sampai saja di rumahnya, kami disambut dengan,

“Korang nak sangat jadi bridesmaid kan? Nah, gantung langsir ini kejap,”

Aku punya respon okay saja tetapi dalam hati agak terasa sakit juga. Sekurang-kurangnya tanyalah “how was your day” ke apa. Jadinya, sampai-sampai saja, kitorang letak barang tana rehat, terus buatlah kerja rumah.

Pasang langsir, buat pelamin pun kitorang juga memandangkan keluarga si pengantin ini agak Islamic. Ayah dia tak bagi sangat ada pelamin bagai. Tetapi dah kawan aku yang nak juga untuk bergambar. Kitorang pun dengan rela hati merealisasikan impian kawan kitorang. Set up satu mini pelamin memandangkan salah seorang daripada geng kitorang adalah event planner.

Habis yang itu, ada lagi tugas yang lain. Kitorang kena siapkan door gift 2,000 pax memandangkan adik beradik dan sepupu sepapat datang tunjuk muka waktu malam kenduri saja. Memang directly banyak gila kerja yang diberi dan penat gila-gila. Dengan tak mandinya, korang boleh bayangkanlah macam mana.

Sesi malam punya cerita, ada majlis berinai kecil-kecilan. Part ini kitorang jadi dayang-dayang pula menghidang makanan pada sepupu-sepapat kaum kerabat keluarga si pengantin. Salah seorang kawan aku dah mula hangin sebab rasa dilayan seperti kuli tapi suruh dia relaks sajalah sebab kena hadap dalam sehari saja.

Malam itu dalam jam 2 pagi juga kitorang dapat kendiri.

Keesokkan harinya terpaksa bangun jam 5 pagi sebab nak bersiap-siap bawa pengantin make up jam 7 pagi. Sudahlah tempat make up dalam 30 kilometer. Aku pun tak faham kenapa kawan aku si pengantin ini pergi cari punyalah jauh. Akad nikah jam 10 pagi, akulah jadi driver memandangkan skill driving aku tahap Fast & Furious. Haha!

Pastu sebab jauh gila tempat make up masa lari sikit, aku terpaksa hantar pengantin dulu. Selepas itu balik rumah pick up hantaran di rumah. Alhamdulillah, sekali lafaz kawan aku dah jadi isteri orang.

Jam 12 tengah hari kenduri pun bermula. Masa itu aku jadi runner untuk bawa si pengantin make up sekali lagi di butik yang sama.

Aku sebenarnya hairan juga kenapa dia tak panggil MUA datang make up di rumah saja? Tetapi aku malaslah nak argue apa-apa, dah orang punya hari bahagia kan?

Bermula saja kenduri, kitorang jaga pintu masuk bagi doorgift bersama ibu bapa si pengantin. Dengan berpeluh yang melekit dan tak selesa, di hujung-hujung ambang baru ada scene ambil gambar sambil bajet-bajet selfie. Itu pun berlangsung tak lama sebab saudara mara si pengantin asyik panggil kitorang untuk buat kerja.

Kadang-kadang aku rasa out of scope pun ada bila kitorang kena tolong refill air basuh tangan. Hahaha! Aku anggap itu sebagai ehsan tolong pihak katering sajalah.

Sesi petang ada outdoor photoshoot. Guess what? Kitorang tak terlibat pun dengan photoshoot session. Nak tahu kenapa? Sebab sebenarnya kitorang baru tahu yang si pengantin sebenarnya ada bridesmaid lain dalam tujuh orang, iaitu housemates baru dia. Masa itu kitorang rasa macam telah dipergunakan. Agak sakit hati tetapi biarkan saja.

Jadi si pengantin pergi photoshoot, kitorang di rumah dia kemas rumah dan not to mention kitorang yang cuci periuk.

After that, malam aku punya tiket bas, si pengantin dan suami hantar aku ke terminal bas dan aku pun rasa nightmare aku dah lepas. Masa balik, no word from any of her family or herself “Thank you for helping me out”.

Keesokannya, aku pergi kerja seperti biasa tanpa rehat. Disebabkan peristiwa ini juga, aku malas buat bridesmaid masa wedding aku sebab aku nak meraikan kawan-kawan, bukannya jadikan mereka sebagai kuli batak- IIUMC | Malaysiaviralstory

Komen Disini

Recent search terms:

  • KENAPA PANGGIL MUA
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *