Manfaat Daun Kesum

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, daun kesum bukanlah sama seperti daun ketum. Malah, daun kesum adalah perencah popular dalam masakan di kalangan masyarakat. Daun kesum amat kerap digunakan dalam masakan seperti gulai asam pedas.

Walapun anda tidak mempunyai daun kesum untuk digunakan, hidangan anda masih lagi boleh dimasak. Ini kerana daun kesum digunakan sebaga penambah selera dan menaikkan aroma makanan. Selain berguna sebagai perencah lazim dalam makanan, daun kesum juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Berikut adalah manfaatnya dalam perubatan.

Mengatasi Masalah Kelemumur

Jika ada masalah kelemumur bolehlah cuba amalan berikut. Kisarkan satu cekak daun kesum dan sapukan ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. In shaa Allah, cara ini boleh membantu mengatasi kelemumur bilamana jika diamalkan selalu, kelemumur yang bermaharajalela di kulit kepala tu akhirnya akan tanggal dan gugur dengan sendirinya.

Mengubati Sakit Perut

Daun kesum yang dilekapkan di perut ataupun air rebusannya yang diminum dikatakan membantu menghilangkan sakit perut akibat makanan  yang tak hadam.

Amalan minum air rebusan daun kesum ini juga dikatakan turut membantu sistem pencernaan. Dulu-dulu, orang tua-tua akan sarankan orang perempuan yang baru lepas bersalin, yang ada masalah pencernaan, supaya minum air rebusan kesum.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Manfaat Daun Kesum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend