, , ,

Masalah Berat Badan Naik Selepas Bersalin

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Wanita yang sudah bersalin sudah tentu kerap risau tentang berat badan mereka sebaik sahaja sudah bersalin.
Anda tidak perlu bimbang kerana lazimnya ia mengambil masa selama 8 bulan hingga 1 ½ tahun untuk mengurangkan lemak-lemak yang berlebihan.
Dikatakan amalan menyusu baby atau “breastfeeding” mampu membantu wanita untuk mendapatkan badan yang langsing seperti sediakala.
Sebab itulah memang sangat digalakkan untuk ibu breastfeed untuk sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama, kalau mampu meneruskan sehingga bayi berusia 2-3 tahun lebih baik. Ini akan membantu pemberian nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak dan kesihatan bayi.
Pada masa yang sama, membakar lemak-lemak berlebihan pada si ibu. Sekiranya anda menyusu, maka anda sebenarnya memerlukan lebih banyak makanan yang berkhasiat untuk tenaga dan juga agar badan mampu menghasilkan susu badan yang secukupnya.
Justeru mengurangkan pengambilan makanan atau diet yang tidak seimbang adalah langkah yang kurang wajar.
Sebaik-baiknya amalkan cara dan tabiat pemakanan yang sihat serta luangkan masa untuk bersenam. Contohnya, lebihkan makan sayuran dan buah-buahan, kurangkan cara masakan berlemak, bergoreng dan jenis-jenis makanan serta minuman yang manis.

Pastikan minum air yang mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk membantu membakar lemak-lemak yang berlebihan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *