“Mayat bayi baru 6 hari ditemui dalam perigi” [Video]

MAYAT bayi lelaki berusia baru enam hari ditemui dalam perigi sedalam lebih kurang 6 meter di Kampung Ong Lok, Batang Melaka, Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan ArshadAbu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat bayi itu daripada orang awam pada 6.30 petang tadi.

“Kami sudah tahan 6 individu, 3 lelaki dan 3 wanita dalam kalangan ahli keluarga mangsa juga dan ianya termasuk ibu bapa bayi tersebut yang berusia 20 dan 30-an bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes ini berkaitan dengan laporan kehilangan anak kami terima semalam,” katanya.

Anggota bomba sedang mengeluarkan bayi dari perigi – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Arshad berkata, ketika ditemui mayat bayi berkenaan dalam keadaan sempurna dan tidak ada kesan kecederaan.

Sepasukan anggota bomba dipanggil bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan dari dalam perigi.

Bayi yang telah dikeluarkan tersebut – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Mayat bayi berkenaan berjaya dikeluarkan pada 10.30 malam tadi dan dibawa  terus ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Difahamkan kelahiran bayi berkenaan belum didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) dan belum mempunyai nama.

Video Ihsan dari Berita Harian :

Sumber : Harian Metro/Berita Harian/Muhammad Zuhairi Zuber/Malaysiaviralstory

Komen Disini

About the Author

mvs

Menulis sambil mencari erti kehidupan sebenar

Be the first to comment on "“Mayat bayi baru 6 hari ditemui dalam perigi” [Video]"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend