≡ Menu

Melancap Atau Onani Tidak Bahayakan Kesihatan

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh institut yang tertentu, antara 70-90 peratus orang melakukan onani.

Dari segi medikal, tiada panduan khusus tentang kekerapan melakukan onani untuk diklasifikasikan normal atau tidak ataupun berbahaya. Tetapi dari segi yang berbeza iaitu agama terutama membabitkan seorang Muslim (Islam), melakukan perbuatan melancap adalah berdosa.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa melancap atau onani boleh memudaratkan kesihatan terutamanya jika untuk mengatasi masalah seksual yang tinggi. Perkara yang lebih teruk seperti merogol ataupun mengambil pendekatan dengan melanggan pelacur dapat dielakkan.

Dalam bidang perubatan, kesan positif atau negatif akibat melakukan onani adalah sama dengan kesan aktiviti hubungan seksual biasa. Walau bagaimanapun, onani dianggap lebih selamat daripada risiko penularan penyakit seksual kerana siperlaku mendapat kepuasan seksual bersendirian, contohnya tidak mengadakan hubungan seks bebas dengan ramai pasangan atau melanggan pelacur yang berisiko tinggi menyebarkan penyakit seksual.

    1. Onani hanya akan dianggap sebagai gangguan kesihatan (tidak normal) apabila ia menjadi penghalang dalam hubungan seksual dengan pasangan (jika onani mengakibatkan seseorang kehilangan nafsu seks terhadap pasangan seksualnya).
    2. Onani yang sengaja dilakukan di hadapan umum atau apabila onani menyebabkan tekanan psikologi yang berlebihan kepada diri seseorang

Namun, jika seseorang itu melakukan onani secara berlebihan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan di antaranya adalah “mati pucuk” atau melemahkan tenaga batin / syahwat seorang lelaki.

Kesan Pada Diri / Gangguan Jiwa
Jika terjebak dalam aktiviti beronani, jangan rasa menyesal. Pendek cerita bak kata pepatah “buang yang keruh ambil yang jernih” selalunya orang yang beronani ini akan mencari bahan bacaan yang menceritakan kesan negatif onani.

Dari pembacaan itulah yang akan mencetuskan perasaan bersalah setelah melakukan onani. Hal ini secara tidak langsung boleh menyebabkan gangguan perasaan yang berlarutan.

Namun, secara psikologi, keinginan seksual yang berlebihan dapat diatasi dengan menyalurkan keinginan itu terhadap perkara-perkara kreatif dan berkaitan dengan bidang kesenian seperti menyanyi atau bermain alat muzik, merakam gambar atau melukis, serta menulis dan bersukan.

Secara positifnya, janganlah beronani lagi lakukan senaman untuk menenangkan diri ia berpotensi dapat membantu mengatasi masalah keinginan seksual yang berlebihan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • melancap
  • Melancap berlebihan
  • keburukan beronani
  • kesan beronani
  • kesan melancap seorang diri
  • melancap dapat
  • onani adalah kesihatan
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend