Menangani Perubahan Emosi Pra-Menopause

by Fiza on December 12, 2016

Ketidakseimbangan hormon yang dialami sewaktu kedatangan haid merupakan penyebab biasa yang boleh menjadikan anda ‘beremosi’ iaitu dengan tiba-tiba berasa marah dan ada masanya berasa sedih. Ianya boleh berlaku ketika haid dan juga ketika pra-menopaus.

Kadangkala fenomena ini juga boleh berlaku kepada wanita hamil. Ada juga kemungkinan anda merasa emosional kerana umur pun dah masuk era 40-an. Walau apa pun  sebabnya, masalah perubahan emosi ini boleh ditangani dengan amalan-amalan berikut:

  • Rehat secukupnya.
  • Makan secara teratur iaitu 3 kali sehari mengikut diet yang seimbang.
  • Elakkan pengambilan kafein. Kalau sebelum ni minum dua cawan kopi sehari, cuba elakkan terus atau kurangkan pengambilannya menjadi satu cawan sehari.
  • Elakkan gula-gula dan manisan.
  • Bersenam secara berkala. Misalnya berjalan dengan pantas 4 kali seminggu (lebih elok ajak suami dan anak-anak untuk turut serta).
  • Lakukan senaman sambil bersosial, misalnya aerobik. Senaman akan mengeluarkan sejenis hormon yang menggembirakan.
  • Rapatkan diri dengan suami, pilihlah beliau sebagai tempat mencurah perasaan. Suami pula perlu melapangkan masa untuk mendengar luahan hati isteri.
  • Banyak berdoa untuk kelapangan minda.

Semua tips-tips di atas kelihatannya biasa-biasa sahaja tapi membawa kebaikan yang banyak. Biasanya anda hanya mengambil mudah atau ambil endah tak endah.

Tapi kalau dititikberatkan, memang berbaloi hasilnya. Sekiranya masih lagi rasa beremosi walaupun setelah melakukan amalan-amalan di atas selepas dua minggu, wajarlah kiranya anda meluangkan masa untuk mendapatkan konsultansi daripada doktor bagi mendapatkan rawatan kerana mungkin anda ada mengalami masalah kemurungan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini