Niat Solat Fardhu 5 Waktu Dan Jumaat

by Fiza on December 14, 2016

Berikut adalah lafaz niat solat 5 waktu yang setiap individu Muslim wajib lakukan. Niat tersebut hendaklah dilakukan sebelum memulakan suatu solat. Solat atau sembahyang dalam Islam terbahagi kepada dua  jenis iaitu solat fardhu dan solat sunat.
 Solat fardhu wajib dikerjakan oleh orang Islam diantaranya kepada mereka yang telah akil baligh, berakal, suci dari haid dan nifas serta syarat wajib lain yang boleh dirujuk di Al-Azim.

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Beserta Bacaan Rumi

  • Niat Sembahyang Subuh

 

Usalli fardhaz subhi raka’ataini (*) adaan lillahi ta’ala

 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

 

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaa
  • Niat Sembahyang Zohor

 

Usalli fardhaz zuhri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

 

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah
  • Niat Sembahyang Asar

 

Usalli fardhaz asri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

 

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.


  • Niat Sembahyang Maghrib

 

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

 

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

 

  • Niat Sembahyang Isya’

 

Usalli fardhaz ‘isya’i arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala

 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

 

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah
  • Niat Sembahyang Jumaat

 

Usalli fardhaz Juma’ati raka’ataini adaan makmuman lillahi ta’ala

 

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta’ala.

 

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • niat solat jumaat
  • niat solat
  • niat solat subuh
  • niat solat 5 waktu
  • niat sembahyang
  • niat solat isyak
  • niat solat asar
  • niat sembahyang jumaat
  • niat solat zohor
  • Niat solat maghrib

Komen Disini