≡ Menu

Panduan Makanan Dalam Pantang

Wanita yang baru bersalin selalunya akan berasa keletihan yang amat. Justeru, mereka memerlukan zat-zat penting untuk memulihkan tenaga.
Namun ada di antaranya yang tidak berselera untuk menjamu selera. Maka, orang tua-tua dahulu kebiasaannya akan makan ulam-ulaman tertentu lepas selesai bersalin dengan tujuan agar selera makan kembali pulih.
Selain itu, ada juga yang mengamalkan makan jamu tradisional dengan tujuan membantu memulihkan urat saraf, mengecutkan peranakan, sembuhkan luka dalaman, menghangatkan tubuh dan supaya otot-otot badan ibu kembali segar.
Secara amnya, makanan yang sesuai untuk wanita selepas bersalin @ dalam pantang adalah jenis makanan yang tidak mengandungi minyak (bukan goreng) atau yang bersantan.
Jenis ikan yang sesuai dimakan adalah: bawal putih, tenggiri, siakap dan haruan kerana dikatakan baik untuk menyembuhkan luka dalaman.

Makanan yang tidak digalakkan ialah sayuran jenis sejuk seperti kobis, timun dll. atau yang jenis berangin seperti petola dan labu.

Pantang Larang Selepas Bersalin

Ada pendapat mengatakan bahawa sayur atau tumbuhan yang tumbuh menjalar tak elok dimakan kerana ia jenis ‘berangin’.
Begitu juga dengan sesetengah buah-buahan seperti anggur yang patut dielakkan sebab ia jenis sejuk.

Sebaiknya lebihkan minum susu, air suam dan amalkan makan ulam tertentu seperti pegaga dan pucuk daun mengkudu.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend