Pantang Larang Selepas Bersalin

by Fiza on December 7, 2016

Tempoh pemulihan selepas bersalin adalah penting bagi seseorang ibu demi mengekalkan kesihatan dan keperawanannya luar dan dalam.
Maklumlah tempoh mengandung yang berbulan-bulan dan pengorbanan saat melahirkan anak memang sangat-sangat meletihkan dan memerlukan kegigihan fizikal dan mental. Oleh itu, ianya penting untuk para wanita menempuh tempoh berpantang dengan sabar dan berdisiplin.
Selain itu ada juga yang mengamalkan pantang 100 hari yakni selama tempoh tersebut tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Pantang 100 hari memang digalakkan kerana cara ini akan benar-benar memulihkan sistem peranakan dan kesihatan ibu-ibu.
Semasa dalam pantang, dengan penjagaan dan rehat yang secukupnya, adalah diharapkan organ-organ dalaman wanita terutama saluran peranakan dan sebagainya perlahan-lahan kembali kepada keadaan seperti mana sebelum hamil, walaupun mungkin tidak sama seratus peratus seperti ketika sebelum mengandung.
Dalam tempoh berpantang nie juga, ada beberapa pantang larang yang menjadi amalan supaya proses pemulihan itu lebih berkesan.

Pantang-Larang Ibu Dalam Pantang

  1. Elak Memakan Ubi-ubian
    • Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan  sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu.
  2. Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki
    • Dah jadi macam satu ‘trademark’ pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iaitu mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Jika angin masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.
  3. Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari
    • Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.
  4. Jangan Terlalu Aktif
    • Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.
  5. Jangan Tidur Tanpa Berlapik
    • Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras  kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.
  6. Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung
    • Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.
  7. Mandi Duduk di Bangku
    • Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.
  8. Rapatkan Kaki Semasa Tidur
    • Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.
  9. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
    • Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
  10. Jangan Tidur Atau Keluar Rumah Waktu Senja
    • Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini