Pemandu Honda CRV Diburu (Video)

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 1.16 petang Sabtu.

“Kami menerima laporan polis daripada penunggang motosikal berusia 24 tahun yang mendakwa menjadi mangsa langgar lari kereta CRV terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Zani berkata pemandu itu tidak berhenti selepas insiden itu sebaliknya terus meninggalkan lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dia hanya mengalami kecederaan ringan.

“Setakat ini pemandu Honda CRV terbabit masih belum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal itu dipercayai bergesel dengan CRV terbabit dan cedera.

Insiden itu berjaya dirakam oleh pemandu lain dan menjadi  viral di media sosial.

Pada masa sama, Mohd Zani menggesa pemandu CRV terbabit yang menggunakan nombor pendaftaran WB 8679 C tampil segera untuk membuat laporan polis berhubung insiden itu. –Mstar /Syafiq Naim

Video:

Recent search terms:

  • cara cek barang pos yg di hantar
  • air mazi lelaki
  • nama menteri malaysia 2017
  • remaja wechat tube

Komen Disini

Be the first to comment on "Pemandu Honda CRV Diburu (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend