in

Permohonan UPU Online 2018/19 UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti

Permohonan upu 2018/19 melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti  bagisesi akademik 2018 / 2019 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) boleh di buat bermula pada tarikh 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018

Berikut disini kongsikan informasi penting mengenai Permohonan UPU 2018-2019 Online kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA buat panduan pelajar yang ingin memohon untuk kemasukkan kali ini.

Nota Penting: Bermula dari Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.

1. Siapa Yang Layak Untuk Membuat Permohonan UPU 2018-2019 Online Ini?

Kategori program pengajian kali ini  ditawarkan kepada 2 ketegori iaitu A dan B. Calon yang layak untuk memohon berdasarkan kelulusan mereka adalah sperti berikut :

A. Calon Lepasan SPM/ Setaraf : Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA

Semua calon yang berkelulusan seperti berikut

  • SPM 2017 (Kategori A)
  • SPM 2016 & 2015 (Kategori B)

adalah layak dan berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat.

B. Calon Lepasan STPM/ Setaraf : Program Ijazah Sarjana Muda Di UA Dan Politeknik Premier

Semua calon yang berkelulusan seperti berikut

  • STPM 2016
  • STAM 2016 & 2017
  • Matrikulasi KPM,
  • Asasi UA
  • Diploma/ Setaraf

Dibawah Lepasan Diploma/ setaraf adalah seperti berikut:

  • Diploma UA/ Politeknik
  • DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
  • Kelayakan Setaraf seperti A-Level / IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)

adalah layak dan berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kepada kelayakan dan minat.

Nota Penting : Bagi pemohonan Lepasan ASASI & DIPLOMA IPTS, Pemilihan dan Pengambilan adalah tertakluk sepenuhnya dibawah Senat Universiti yang anda hendak membuat permohonan.

2. Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2018/2019

Sistem permohonan UPU Online akan dibuka seperti tarikh berikut :

  • 5 Februari 2018 jam 12:00 tengahari (Tarikh Buka)
  • 10 April 2018 jam 11:59 malam (Tarikh Tutup)

Tarikh bagi rayuan akan kami kemasikini kemudian.

3. Cara Membuat Permohonan UPU 2018-2019 Online

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA adalah melalui UPU online (Permohonan atas talian). Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda hendak membuat permohonan kemasukan ke UA, Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO, ILJA dan Kolej Komuniti,

A. Pin Unik UPU

Pemohon perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum dapat mengakses borang permohonan UPUonline untuk mengisi permohonan.

KATEGORI PEMBELIAN NO UNIK ID

Sila pastikan pemohon membeli nombor Unik ID di BSN dengan betul mengikut kategori masing-masing iaitu:

Kategori Permohonan Lulusan / Lepasan Pengajian Pemohon Terlibat

Program Lepasan SPM (Setaraf) – SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti

Program Lepasan STPM (Setaraf) – STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM

Tarikh pembelian Pin Unik ID UPU adalah seperti berikut :-

  • 5 Februari 2018 (Tarikh mula)
  • 9 April 2018 (Tarikh Tutup iaitu sehari awal dari tarikh tutup permohonan UPU)

Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.60 untuk kedua-dua kategori permohonan iaitu lepasan SPM/ Setaraf dan lepasan STPM/ Setaraf. Untuk tahun 2018, tiada GST dikenakan untuk permohonan UPU online.

B. Isi Borang Permohonan UPUonline

Bagi anda yang ingin memohon anda boleh mengkases borang permohonan dengan menggunakan no pin unik ID di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui LINK berikut :

Untuk makluman, sistem applikasi permohonan UPU hanya akan diaktifkan/dibuka pada tarikh permohonan dibuka iaitu bulan februari. Pemohon pertama kali atau pemohonan  yang baharu perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem UPU online tanpa memerlukan No Pin unik ID.

Mereka yang telah pun mendaftar  dengan sisitem boleh  terus login masuk ke applikasi permohonan dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah di daftarkan.

Nota Penting : Sila pastikan anda membuat cetakkan slip permohonan dan menyimpannya sebagai bukti yang permohonan UPU telah dibuat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik panduan kemasukan 2018 UPU di bawah ini.

4. Kursus Pengajian Yang Layak Dimohon Oleh Pemohon

Dalam setiap kursus terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ditawarkan di UPU untuk dipohon. Untuk membuat semakan syarat kelayakan berdasarkan dengan kelulusan akademik anda, sila buat semakan keputusan melalui Applikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan/ Kemasukan di bawah ini. Senarai kursus pengajian yang layak di mohon akan dipaparkan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan SPM/STPM pemohon.

5. e-Panduan Permohonan Kemasukan Ke UA/ Politeknik/ Kolej Komunit & ILKA

Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari e-Panduan terlebih dahulu di LINK yang dberikan dibawah untuk mendapatkan info penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Maklumat yang dipaparkan adalah termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan dan maklumat lain berkaitan permohonan institusi berkenaan.

  • e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA : fepanduan

6. Maklumat Lain Berkait Dengan Permohonan UPU 2018-2019

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Permohonan secara pantas, sila layari :

  • Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang)
Institut Pengajian Yang Terlibat Bagi Permohonan UPU
34 Politeknik Di Seluruh Malaysia 94 Kolej Komuniti Di Seluruh Malaysia
21 ILKBS (IKBN / IKTBN / AKBG) 5 NATC
20 Universiti Awam Termasuk UM & USM

Bagi pemohon untuk sesi ini selamat membuat Permohonan UPU 2018-2019 secara online untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian tinggi terlaksana Like/Share MalaysiaViralStory

Recent search terms:

  • permohonan kolej komuniti 2018
  • upu politeknik 2018
  • upu online 2018/19
  • kemasukan kolej komuniti 2018
  • upu online 2018
  • portal upu kemasukan2018
  • politeknik 2018
  • permohonan upu februari 2018
  • permohonan politeknik 2018
  • permohonan kemasukan kolej komuniti 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan MUET November 2017 Online & SMS

Tidak Mengapa Jadi Single Sehinggalah Anda Berjumpa Dengan Seseorang Seperti Ini