Petua dan Cara Hilangkan Ketumbit

by Fiza on December 12, 2016

Suatu ketika dahulu, orang-orang tua kerap mengatakan bahawa sesiapa yang mendapat ketumbit berpunca daripada perbuatan mengintai orang lain sedang mandi. Namun pada zaman ini, perkara tersebut hanyalah mitos sahaja.

Penyakit ketumbit sebenarnya bukanlah penyakit yang memudaratkan. Cuma ia akan membuatkan pesakit tersebut kurang selesa kerana ketulan di sekitar mata dan mungkin akan menjejaskan sedikit penglihatan.

Biasanya penyakit ini akan reda selepas 3 – 7 hari. Namun anda juga boleh menggunakan petua yang ingin dikongsikan kami bagi mempercepatkan proses tersebut.

Petua Merawat Ketumbit

Caranya, ambil seulas bawang putih, potong atau guris sedikit bahagian hujungnya agar airnya keluar dan sapukan pada kelopak mata yang terkena ketumbit 3 kali sehari. InsyaAllah, ketumbit tersebut akan beransur baik dalam masa yang singkat.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini