Petua Hilangkan Cirit-Birit

by Fiza on December 7, 2016

Cirit-birit biasanya berlaku apabila anda kerap mengambil makanan-makanan yang penas sewaktu makan. Punca lain termasuklah pengambilan makanan secara berlebihan yang boleh memberi kejutan kepada perut anda. Terutamanya pada musim perayaan.
Ciri-birit tidak boleh dipandang ringan kerana jika dibiarkan ia berlarutan, badan anda boleh menjadi lemah kerana kekurangan air dan garam dalam badan. Disarankan anda mendapatkan rawatan di klinik dan dapatkan preskripsi ubatan. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi petua untuk merawat cirit-birit di bawah.

Petua Merawat Cirit-Birit

Bancuh tiga sudu kecil teh dengan segelas air panas. Jangan tambah gula dan minum air teh tersebut. Amalkan petua ini selalu supaya cirit-birit tersebut sembuh.
Bagi sesetengah orang yg tidak suka atau tidak boleh meminum teh atas sebab-sebab tertentu, terdapat alternatif yang boleh anda lakukan.
  • Ambil dua genggam beras
  • Gorengkan dalam kuali tanpa menggunakan minyak
  • Bila beras sudah betukar kehitaman, angkat dan rendamkan pula dalam segelas air sejuk.
  • Biarkan beras kembang dan mengeluarkan air yg berwarna hitam.
  • Tapis air tersebut dan minum airnya kira-kira suku cawan.
  • Jika masih berasa memulas, minum suku cawan lagi sebanyak 2-3 kali atau sehingga sembuh.
  • Selain itu, minumlah air dengan banyak bagi menggantikan cecair dalam badan yg hilang.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • hilangkan cirit birit

Komen Disini