Petua Hilangkan Ketuat

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki.
Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
Jangkitan ketuat tidak merbahayakan kesihatan malah dengan menyentuh sahaja tidak bermakna seseorang itu boleh dijangkiti ketuat dengan mudah. Luka pada badan memudahkan ketuat terhasil. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.
Segelintir individu langsung tidak menghiraukan penumbuhan ketuat kerana tidak berasa sakit dan lazimnya setelah beberapa lama ketuat tu dengan sendirinya akan gugur atau hilang.
Terdapat pelbagai cara untuk membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali. Walaupun cara membuang ketuat dengan memotong atau menghirisnya dengan pisau tidak digalakkan tapi ramai yang melakukannya sebab nak dapat hasil yang pantas.
Dengan ini, kami ingin berkongsi beberapa petua yang boleh anda amalkan untuk membantu proses pembuangan ketuat.

Petua Buang Ketuat

Petua Ketuat 1
  1. Gosok tempat yang ditumbuhi ketuat dengan pasir yang terendam dalam air.

Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Pastikan pasir tersebut adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.

Petua Ketuat 2
  1. Sebelum tidur, cuci ketuat dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit.
  2. Letakkan kapur sirih pada kawasan ketuat tersebut.
Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.

Petua Ketuat 3

  1. Campurkan abu ubat nyamuk dengan air.
  2. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.
Petua Ketuat 4
  1. Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu.
  2. Biarkan sehingga kering.

Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. 

Petua Ketuat 5
  1. Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian yang ada ketuat tu.
  2. Biarkan ia kering.

Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu. Petua Ketuat 6

  1. Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas
  2. Titiskan pada ketuat.

Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.

Petua Ketuat 7
  1. Hancurkan enam biji pil aspirin
  2. Campurkan dengan sedikit air dan air limau untuk jadikannya cecair yang likat.
  3. Sapukan cecair pada tempat yang ditumbuhi ketuat.
  4. Masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala yang direndam dalam air suam. (Tuala direndam terlebih dahulu)
  5. Duduk dan angkat kaki (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.
  6. Buka tuala dan beg plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu.
  7. Cuci kaki dengan air yang bersih.

 

Petua Ketuat 8
  1. Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan
  2. Ketatkan ikatan dan simpulkan.
  3. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Petua Ketuat 9
  1. Tumbuk lumat empat helai daun kesum
  2. Campurkan dengan sedikit garam halus.
  3. Sapukan campuran ini pada ketuat.

Petua Ketuat 10

  1. Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim.
  3. Hiris sedikit bahagian ketuat dengan pisau lipat atau pemotong kuku.
  4. Sapukan ‘krim’ tersebut.

Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tersebut akan luruh dengan sendirinya.

Petua Ketuat 11
  1. Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman.
  2. Tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk.
  3. Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.
Petua Ketuat 12
  1. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering.
  2. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur dengan sendiri.

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Malaysiaviralstory ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Recent search terms:

  • hiris ketuat

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*