Petua Hilangkan Parut Campak

Biasanya apabila terkena demam campak, anda boleh meminum air kelapa untuk mengeluarkan campak tersebut dengan cepat. Daun semambu pula boleh digunakan untuk hilangkan rasa gatal jika mengikut kata-kata orang tua.
Namun, satu masalah susulan dan lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak ‘berpantang’ sewaktu demam campak tu ialah parut demam campak yang tidak menghilang.
Parut akibat kesan campak memang sukar untuk dihilangkan. Bagaimana pun terdapat beberapa petua yang diajar oleh orang tua-tua dulu dalam usaha menghilangkan parut. Keberkesanannya amat diragu-ragukan namun anda boleh mengamalkan petua yang dikongsikan ini dengan harapan ia akan menghilang.

Petua Hilangkan Parut Demam Campak

  • Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian yang berparut setiap hari.

 

atau
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak).
  3. Sapukan pada bahagian yang berparut.
  4. Amalkan sekerap yang boleh.
atau
  1. Sediakan jagung muda.
  2. Parut sehingga lumat
  3. Sapukan pada parut campak setiap hari sehingga kesannya mulai pudar.

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Malaysiaviralstory ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Petua Hilangkan Parut Campak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend