, , ,

Petua Hilangkan Penyakit Lelah

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Penyakit lelah boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak mengira lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak.
Dahulu lelah dikenali sebagai penyakit semput. Namun kini ia lebih dikenali sebagai penyakit asma. Apa-apa pun namanya, penyakit lelah ini mengganggu pernafasan si penghidapnya dan membuatkan kesesakan nafas apabila ia menyerang.

Statistik tentang penyakit asma atau lelah

  • Dianggarkan bahawa lebih kurang 80% kanak- kanak dan 50% orang dewasa menghidapi penyakit ini.
  • 80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau penyakit lelah hilang apabila mencapai umur 5 tahun.
  • Namun terdapat juga kanak-kanak terutama yang menghidap asma tahap sederhana yang hanya sembuh apabila usia mencecah lingkungan 12 -13 tahun.
  • Sebilangan 50 – 60% akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun.
  • 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya segelintir daripada jumlah ini yang akan sembuh sepenuhnya.
Penyakit lelah lazimnya tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.
Kadang-kala asma atau lelah bukannya satu penyakit tetapi lebih berkaitan kepada alahan atau alergi kepada sesuatu.  Justeru, selain makan ubat yang diberikan doktor, orang mempunyai penyakit lelah perlu banyak berpantang supaya penyakit tersebut susah menyerang.
Antara pantang-larang dan perkara-perkara yang perlu dijaga oleh seseorang pesakit asma termasuklah:
  1. Berada di kawasan yang panas dalam tempoh yang berpanjangan. Perkara yang sama juga boleh dikatakan bagi cuaca yang terlalu sejuk.
  2. Asap rokok atau apa-apa asap perlu dielakkan sama sekali.
  3. Tempat-tempat yang berdebu, berjerebu dan berhabuk juga memang tidak sesuai.
  4. Jika di rumah ada yang menghidap asma, disarankan anda tidak membela haiwan peliharaan seperti kucing,anjing, arnab, ayam dan seangkatan dengannya.
  5. Selain itu ada juga orang tua-tua berpesan supaya elakkan makan durian dan sardin.
  6. Pada waktu malam elakkan penggunaan ‘air-cond’ atau kalau terpaksa gunakan kipas angin, jarakkan ia dan pastikan ia berpusing

Petua Merawat Lelah

Hati Unta
Cuba dapatkan hati unta yang telah dikeringkan. Hati unta tersebut dipotong nipis-nipis dan kemudian digoreng tanpa minyak hingga menjadi arang.
Kemudian tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Setiap malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk tersebut ke dalam segelas air yang mendidih. Biarkan ia sejuk atau suam dengan sendiri sebelum ditapis dan diminum airnya. Amalkan setiap malam sehingga merasa kesannya.
Madu Asli
Satu cara untuk menyembuhkan penyakit lelah ialah dengan mengamalkan minum madu asli. Minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil dosnya perlu dikurangkan iaitu setengah atau satu sudu teh pun dah mencukupi.
Daun Ati-Ati
Dahulu kala jikalau anggota keluarga menghidap lelah, orang tua akan mencari daun ati-ati. Daun ati-ati berwarna ungu seperti daun keladi tetapi saiznya lebih kecil.
Ambil sehelai daun ati-ati setiap malam sebelum tidur. Basuhkan dan ketika ia masih lembab sapukan ke dada. Gosok sehingga ia kering di dada. Sebaik-baiknya baca surah Al-Fatihah semasa menggosok, mohon kepada Allah agar kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah memang mujarab hasilnya.
Bawang Putih
Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis-nipis. Selepas itu, rebus hirisan bawang putih dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh.  Biarkan ia sejuk dengan sendiri. Sebaik sahaja ia sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan minum setiap pagi selama 10 hari. Cuba lihat hasilnya.
Bawang Merah
Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.
Bunga Kenanga

Ambil tiga kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Setelah itu buang bahagian kuntum bunga kenanga itu terlebih dahulu dan minum airnya. Amalkan dua tiga kali dalam seminggu.

Cara Merawat Asma Dan Batuk Berpanjangan

Daun Sirih
Rebus daun sirih bersama gula batu hingga pekat. Biarkan ia suam sedikit dan minum rebusan tersebut ketika ia masih suam.
Bagi meredakan kesakitan ketika serangan asma, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.
Daun Pegaga
Ulam pegaga juga boleh dijadikan penawar asma. Keringkan daun pegaga. Setelah itu rebus dan minum airnya ketika suam.
Susu Kambing
Perah susu kambing, tapis dan kemudian minum mentah setiap pagi.  Dikatakan amalan minum susu kambing mentah setiap pagi boleh menyembuhkan penyakit lelah.
Bunga Kecubung

Ambil beberapa tangkai bunga kecubung. Jemurkan sehingga kering di bawah pancaran matahari. Lepas tu, gulungkan atau bentukkan bunga kecubung yang dah dikeringkan tu seperti gulungan rokok daun. Pasangkan api dan hisap seperti menghisap rokok tembakau.  Ini satu lagi petua lama yang dikatakan mujarab untuk merawat asma jika rajin diamalkan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *