Petua Hilangkan Sakit Batu Karang

by Fiza on December 7, 2016

Batu karang adalah batu yang terbentuk di dalam hempedu daripada bahan-bahan hempedu. Choletithiasis merujuk kepada kewujudan batu ini di dalam hempedu atau penyakit yang berpunca dari batu karang.

Kebanyakan orang yang menghidap sakit batu karang tidak pernah mengalami simptom. Dalam 1 – 4 % pesakit batu karang, pesakit akan mengalami sakit kejang di bahagian kanan atas abdomen yang dikenali sebagai ‘biliary colic’ yang berlaku setiap tahun. Komplikasi batu karang adalah keradangan hempedu, keradangan pankreas dan hati.

Tanda-tanda Sakit Batu Karang

Dalam kebanyakan kes, pesakit batu karang tidak menyedari akan simptom ini sehinggalah kesakitan yang amat menyerang. Apabila diperiksa doktor, masa itulah baru sedar bahawa batu karang telah membesar sedikit demi sedikit daripada saiz sebutir beras sehingga menjadi sebesar duit syiling 50 sen.
Tapi bagi sesetengah orang mungkin juga akan mengalami gejala-gejala berikut:-
  • Sesekali terasa sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.
  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Selalu rasa mual dan muntah-muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing tetapi tidak mengeluarkan atau mengeluarkan air kencing yang sedikit

Petua Batu Karang

Terdapat beberapa petua merawat sakit batu karang yang ingin kami kongsikan daripada beberapa sumber berlainan.

Petua Rawat Batu Karang Dengan Jagung

  1. Ambil tujuh tongkol jagung.
  2. Buangkan isinya.
  3. Rebus dengan 5 gelas air sehingga air tinggal setengah.
  4. Amalkan minum air rebusan nie 3 kali sehari.

Petua Keluarkan Batu Karang Dengan Jintan Hitam

  1. Ambil serbuk jintan hitam sebanyak satu sudu teh.
  2. Campurkan dalam segelas air panas bersama 3 sudu madu asli.
  3. Gaul sebati dan minum sehingga habis.

Dikatakan minum ramuan nie akan membuatkan batu karang tu pecah dan keluar dengan sendirinya. InsyaAllah.

Petua Sembuhkan Batu Karang Dengan Lobak Putih

Amalkan minum jus lobak putih setiap pagi.  Cara ini juga dikatakan mampu mengeluarkan batu karang tu dengan sendirinya.

Malah kebanyakan orang lebih menyarankan cara ini. Cuma tak ramai yang sanggup meminum jus lobak putih kerana rasanya amat pahit.

Mari Kita Kenali Apa Itu Batu Karang Yang Terjadi Sebenarnya?

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Malaysiaviralstory ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Recent search terms:

  • petua hilangkan batu karang
  • ubat penyakit batu karang
  • cara hilangkan batu karang
  • petua ubat batu karang
  • petua batu karang
  • petua untuk sakit batu karang
  • petua ubat sakit batu karang
  • sembuhkan batu karang petua
  • petua rawat batu karang
  • petua pecah batu karang

Komen Disini