, , ,

Petua Kurangkan Darah Tinggi

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kenali Apa itu darah Tinggi?

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darahanda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darahanda yang sebenar.

Tanda-tanda Penyakit Darah Tinggi

blood pressure conceptual meter indicate sky high, isolated on white background

  • Sering rasa sakit kepala, terutamanya ketika bangun dari tidur.
  • Rasa berdengung pada telinga.
  • Kerap rasa pening.
  • Gangguan pada penglihatan.

Punca-punca Risiko Penyakit Darah Tinggi

  1. Pengambilan makanan yang mengandungi garam yang berlebihan.
  2. Kerap memakan daging, ikan dan sayuran yang disalai.
  3. Gemar memakan bahagian otak dan buah pinggang haiwan yang lazimnya amat kaya dengan garam.
  4. Banyak memakan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate.
  5. Tekanan emosi dan keadaan sekeliling yang menyebabkan “stress”.
Apa sekali pun, bagi mereka yang menghidap darah tinggi, janganlah terlalu risau. InsyaAllah ada petua yang boleh diikhtiarkan untuk mengatasi masalah darah tinggi terutamanya bagi yang masih di peringkat awal.

Petua Turunkan Darah Tinggi

  1. Sediakan satu batang pokok belimbing tanah.
  2. Rebus dan minum airnya dua kali sehari.
ATAU
  1. Ambil satu mangkuk bulu jagung.
  2. Rebus bersama dua gelas air.
  3. Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih kurang satu gelas.

Minum air rebusan bulu jagung tersebut sebanyak 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti setiap hari. Jika diamalkan berpanjangan dengan izin Allah paras darah tinggi akan mula menurun.

ATAU
  1. Ambil tujuh pelepah daun cermai.
  2. Rebus dengan satu liter air.
  3. Sebaik saja air mendidih cepat-cepat keluarkan daun tersebut.

Apabila air tersebut sudah menyejuk sedikit, minum air rebusan sebanyak dua kali sehari. Dapatkan nasihat doktor samada terdapat perbezaan, sebelum dan sesudah mengamalkan petua berkenaan.

ATAU
  1. Ambil satu gelas air kelapa muda.
  2. Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan.
  3. Kacau hingga sebati dan minum.

Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menurunkan kembali paras darah tinggi.

ATAU
  1. Ambil tiga ulas kecil bawang putih.
  2. Tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak.

Minum setiap hari selepas bersarapan. Amalkan setiap hari selama seminggu. Dikatakan hasilnya sangat berkesan, insyaAllah.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *