≡ Menu

Petua Kurangkan Nafsu Makan

Nafsu makan secara berlebihan memang sukar untuk dibendung.Namun, jika ia tidak dikawal dengan baik dan seawal yang mungkin,

ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan di kemudian hari. Dengan ini, kami kongsikan beberapa tip dan panduan untuk membantu membendung nafsu makan secara berlebihan.

  • Minum air putih 8 – 10 gelas sehari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menjadi peneybab nafsu makan meningkat secara mendadak.
  • Makan dalam kuantiti kecil sebanyak 4 atau 5 kali sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini dikatakan lebih baik dan dapat mencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali dalam kuantiti yang besar/banyak.
  • Jangan lewatkan waktu makan. Ia kebiasaannya akan menyebabkan seseorang makan secara berlebihan daripada sepatutnya bila tivba waktunya kelak.
  • Kurangkan jumlah makanan belemak dan mengandungi gula yang tinggi.
  • Tingkatkan jumlah serat di dalam menu makanan anda. Serat membantu membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
  • Makan di rumah adalah dikatakan lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend