Petua Merawat Anak Demam

Anak-anak muda amat berbeza sekali keperluan badan mereka. Terutama sekali apabila mereka sakit. Apabila anak-anak menghidap demam biasanya suhu badan mereka akan naik dengan tinggi. Sebagai rujukkan suhu melebihi 37.5C (99.5F) pada badan adalah demam.

Jika anak anda mengalami demam, perkara yang paling penting adalah memastikan mereka banyak meminum air supaya tidak ternyahidrat.

Bayi harus diberikan banyak minum seperti susu ibu atau formula. Walaupun anak anda tidak haus, cuba bagi mereka minum sedikit sahaja dan sekerap mungkin.
Biasanya sambil melakukan perkara di atas, ibu bapa juga disarankan supaya membawa anak mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan preskripsi ubat. Selain itu, bagi membantu melegakan demam dengan lebih cepat, ibu bapa boleh mengamalkan beberapa petua yang kami kongsikan.

Petua Merawat Anak Demam

Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.
Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas-ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.

Petua Turunkan Suhu Badan Dengan Air Kelapa Muda

Bagi yang demam berpanjangan dan masih tidak kebah biarpun sudah beberapa kali makan ubat, anda boleh mencuba kaedah ini.
Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu, cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.

Petua Menurunkan Suhu Badan Anak Demam

Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dahulu, bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke atas badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.

Petua Meredakan Demam

Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.
Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. kemudian sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.
Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.

Petua Redakan Demam Dengan Sirih Pinang

Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tersebut sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Kemudian sapukan pada kepala anak yang demam.
Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Petua Turunkan Demam Dengan Ubi Kayu

Ubi kayu juga boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan bayi atau anak kecil yang panas.
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan ditempekkan ke dahi budak tu. Apabila parut kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas menurun ke paras biasa.

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Malaysiaviralstory ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Recent search terms:

  • cara menjaram

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Petua Merawat Anak Demam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend