Petua Mudah Bersalin

Setiap ibu yang mengandung tentu berharap akan dapat melahirkan bayi dengan mudah apabila tibanya waktu bersalin. Bukan sahaja wanita yang sedang mengandung, malah si suami, ibu bapa dan seluruh isi keluarga tentu akan terus berdoa semoga semuanya selamat.

Selain daripada mematuhi segala panduan dan nasihat yang diberikan doktor, ibu-ibu yang berharap dapat bersalin dengan mudah juga boleh mengamalkan petua lama ini.

Disarankan anda bertanya dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu, samada sesuai atau tidak untuk mengamalkan petua tersebut. Perkara ini mungkin tak sesuai diamalkan atau ‘berlawanan’ dengan ubat-ubatan yang diambil oleh sesetengah ibu.

Petua Mudah Melahirkan Anak

Boleh dikatakan kebanyakan orang tua-tua akan syorkan untuk ibu yang dah sembilan bulan mengandung supaya amalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi senasa keluar dari lubang faraj.

Bila tarikh untuk melahir sudah hampir, eloklah diamalkan minum air kelapa satu gelas dua tiga kali dalam seminggu. Selain daripada meminum airnya, bidan-bidan kampung juga biasanya menasihati bakal ibu supaya amalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia 6  bulan ke atas.

Cara Menyediakan Minyak Kelapa

Ambil beberapa biji kelapa tua. Parut dan perah untuk mendapatkan santannya. Santan tu kemudiannya dimasak hingga mengeluarkan minyak.

Minyak itulah yang diperlukan. Biarkan minyak tu sejuk dalam periuk dan bila dah sejuk barulah dimasukkan dan simpan dalam botol. Apabila usia kandungan sudah mencapai enam bulan, cuba amalkan minum minyak kelapa ini sebanyak satu sudu besar setiap kali.

Sebaik-baiknya minumlah selang 1-2 hari sekali atau tiga kali seminggu. Cuba amalkan sehingga kandungan tu sampai sembilan bulan. InsyaAllah, berkat doa dan amalan minum minyak kelapa ini, ibu-ibu akan mudah melahirkan anak.

Walaupun sedang sarat mengandung para ibu juga tidak boleh malas. Perlu rajinkan diri bersenam. Tetapi jangan terlebih bersenam sehingga melakukan senaman yang berat. Senaman yang paling sesuai ialah berjalan-jalan atau berlari-lari anak keliling taman.

Jika si suami mempunyai masa, jadi peneman kepada si isteri semasa melakukan aktiviti tersebut.

Ikut tanda-tanda jika anda dah hamil

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • cara muda bersalin

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Petua Mudah Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend