Petua Penawar Racun dan Santau

by Fiza on December 13, 2016

Petua Terminum Racun

Jika anda pasti anda telah terminum racun atau disantau, anda harus makan tiga ulas bawang merah secara mentah dan jangan minum sebarang air selama 3 jam. Selain itu, ambil 3 ulas bawang merah dan campurkan dengan sedikit minyak sapi. Kemudian tumbuk bawang tu hingga hancur dan perah serta tapis airnya. Minum air perahan tersebut sambil meniarap dan jangan minum air lain selama 3 jam.

Petua Termakan Racun

Jika si mangsa termakan racun, dengan segera berikan si mangsa air kelapa muda untuk diminum sebanyak mungkin. Cara ini diharapkan dapat membantu supaya racun tersebut tidak melarat sebelum sempat mendapatkan rawatan daripada hospital dan sebagainya.

Petua Terkena Santau

Kalau ada yang disantau pula. Berikan juga air kelapa muda, cuma campurkan air kelapa tu dengan sedikit tanah yang bersih sebelum diberi minum kepada mangsa santau tadi. Semasa diberi minum, elokdibacakan apa-apa ayat Quran, al-Fatihah atau sekurang-kurangnya bismillah dan selawat.

InsyaAllah, lepas beberapa lama mangsa tu akan muntah mengeluarkan ‘benda-benda’ yang tak disangka. Selepas tu jangan leka pula untuk mendapatkan rawatan daripada ustaz, doktor dsb.nya.

Petua Penawar Racun

Satu lagi petua menawarkan racun ialah minum minyak sapi yang dicampur dengan sedikit madu. Dikatakan selain mengurangkan bisa keracunan, ia juga membantu menghilangkan bisa sengatan kala jengking, lipan, ular dan yang seangkatan dengannya.

Selain itu, cara lain untuk membuat penawar racun ialah dengan menggunakan cacing. Ambil cacing merah yang biasanya dijumpai dalam tanah lembap tu. Lagi besar dan panjang saiznya lagi bagus. Bakar cacing tersebut sehingga hangus lalu tumbuk hingga hancur. Selepas itu campurkan serbuk cacing hangus tu ke dalam segelas air suam dan beri minum kepada mangsa yang terminum racun.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • Kaedah merawat santau dengan air kelapa Kaedah merawat santau dengan air kelapa Kaedah merawat santau dengan air kelapa
  • penawar racun
  • penawar racun santau
  • petua racun santau
  • air kelapa penawar santau
  • penawar racun campuran
  • petua hilangkan bisa santau

Komen Disini