, , ,

Petua Ubati Sakit Tekak

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kadang – kala terdapat segolongan orang yang mengalami sakit tekak sehingga sukar bercakap. Perkara ini bermaksud seseorang itu sukar mengeluarkan suara mereka.

Sakit tekak boleh terjadi akibat cuaca panas menyebabkan badan menadi kering. Sebab – sebab lain juga melibatkan pemakanan seperti terlebih memakan makanan pedas.

Di sini, kami ingin berkongsi petua untuk menyembuhkan sakit tekak. Petua yang paling popular adalah dengan meminum air asam.

Seeloknya air asam yang diminum tu biarlah dalam keadaan sedikit panas atau suam-suam kuku. Kalau minum air asam yang sejuk, ikut pengalaman che petua, ianya kurang mujarab.

Selain daripada itu, ada beberapa lagi petua tradisional untuk mengubati sakit tekak.

Penawar Sakit Tekak

Orang dulu-dulu kalau berasa sakit tekak akan mengubatnya dengan cara minum air nasi. Air nasi tu ialah air yang mendidih sewaktu nasi ditanak. Ambil air nasi dalam satu cawan atau satu gelas, biarkan ia sejuk sedikit dan minum. Amalkan beberapa kali sehingga rasa perit pada tekak hilang.

Petua Sembuhkan Sakit Tekak

Satu lagi cara adalah dengan menggunakan asam keping. Bakar beberapa keping asam sehingga hitam atau hangus. Kemudian, tumbukkan sampai lumat dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Sapukan ramuan ini ke bahagian tekak dan biarkan ia kering sendiri. InsyaAllah, selepas beberapa kali melakukannya, tekak akan terasa nyaman dan rasa sakit akan hilang dengan sendirinya.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *