≡ Menu

Puting Payudara Tenggelam Punca Bayi Tidak Mahu Menyusu

Susu ibu amat penting bagi pembesaran si bayi. Tetapi faktor keadaan puting payudara ibunya boleh menyebabkan si bayi enggan menyusu.


Ramai golongan ibu menggangap bayi mereka berada dalam proses bercerai susu. Malah ada yang berasa lega dengan situasi ini terutamanya golongan ibu yang berkerjaya.

Tanpa mereka sedari, bayi mereka sebenarnya membuat “Mogok Penyusuan Badan” iaitu menangis apabila hendak disusukan, itulah cara mereka meluahkan rasa ketidak puas hati.

Ibu-ibu yang melalui situasi ini perlu menyiasat perkara tersebut.

Selain bayi mengalami sakit mulut disebabkan oleh proses pertumbuhan gigi, faktor lain seperti puting payudara ibunya yang leper atau tenggelam membuatkan bayi kurang selesa untuk menyusu.

Cara untuk mengatasinya adalah bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara anda.

Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.

Berikut adalah beberapa faktor yang dikenal pasti punca bayi tidak mahu menyusu :

    1. Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif
    2. Berkemungkinan bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu
    3. Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu
    4. Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan
    5. Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu
    6. Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu
    7. Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja
    8. Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa

 

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend