Rahsia Dan Kegunaan Daun Betik

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika.
Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.

Manfaat Daun Betik

Merawat Demam Malaria

Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional. Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan dicampurkan pula ke dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik selama dua atau tiga kali  sehari. Kalau tidak berkemampuan, lapkan ke seluruh badan. InsyaAllah, ikhtiar ini dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.

Memperbanyakkan Susu Badan

Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan kurang, and boleh cuba mengamalkan meminum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.

Satay Lebih Empuk dan Wangi

Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.

Sila Share kepada rakan-rakan anda jika artikel di Malaysiaviralstory ini bermanfaat, segala info berkaitan jawatan ini akan diupdate dari semasa ke semasa.

Komen Disini

About the Author

Fiza

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Be the first to comment on "Rahsia Dan Kegunaan Daun Betik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend