≡ Menu

Sahut cabaran, perempuan jadi penghantar barang poslaju

Bukan hanya untuk lelaki pekerjaan ini, tapi juga ada untuk perempuan. Sudah 2 dekad dulu, orang sudah sibuk bercakap mengenai peluang kerjaya sebagai posnita. Ketika itu Pos Malaysia menjadi sebutan berikutan lahirnya posnita pertama pada 3 Jun 1998. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini bilangan posnita masih boleh dikira dengan jari.

Menyebut nama posnita saja pun kedengaran begitu janggal berbanding selalu kita panggil iaitu posmen. Realitinya orang ramai tetap menganggap kerja menghantar surat dan serahan bungkusan lebih sinonim dengan posmen.

Mengakui berdepan pandangan serupa, Nurul Ain Azri, 29, berkata, dia langsung tidak berkecil hati, malah berbangga menceburi bidang kerjaya itu sejak empat tahun lalu. Ibu kepada dua anak ini bukan saja seronok bergelar posnita, tetapi berpuas hati dapat mempermudahkan urusan ramai orang.

Sebelum bergelar posnita, Nurul Ain berkata, dia bekerja sebagai kerani di syarikat pembekal barangan telco. Walaupun selesa dalam ruang pejabat, wanita ini nekad mencuba nasib di PosLaju Malaysia.

Bermotosikal Untuk Pergi Membuat Serahan Barang

“Kebetulan ada iklan jawatan kosong, jadi saya cuba menghantar resume. Ketika dipanggil temu duga, saya diberitahu posnita bukanlah kerani, tetapi perlu keluar membuat serahan setiap hari. “Saya tidak terkejut langsung kerana memang sukakan kerja luar yang lasak. Jadi, apabila sampai di rumah, saya berkongsi cerita dengan suami, Mohamad Saiful Mohd Radzi (34). Antara pertanyaan yang keluar dari mulut suami, ‘boleh ke buat?’. Dia bertanya sambil ketawa!

“Bersungguh-sungguh saya katakan kepadanya boleh dan saya suka. Saya mahu mengambil setiap yang sukar itu sebagai cabaran dan pastikan mereka yakin dengan kerjaya ini,” katanya.

Mungkin sudah tersurat rezeki buatnya, Nurul Ain dipanggil melapor diri selepas dua minggu temu duga bagi jawatan posnita secara kontrak selama tiga bulan. Sepanjang tempoh itu, wanita ini memberikan perkhidmatan terbaik. Nama lorong, jalan, tempat serahan dan pejabat mula melekat dalam kepala satu per satu.

“Memandangkan saya sudah biasa menunggang motosikal sekitar Ipoh, jadi soal mengenal alamat dan tempat serahan bukan lagi masalah besar. Tamat tempoh kontrak, saya kembali menganggur.

“Alhamdulillah, ternyata rezeki Allah SWT tidak pernah salah alamat. Selepas dua bulan, saya akhirnya ditawarkan jawatan tetap sebagai posnita PosLaju. Itupun saya terpaksa bermula lewat kerana dijangkiti cacar air,” katanya. Full Story Baca Harian Metro

Sumber Asal : HarianMetro Foto Editor : Malaysiaviralstory

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend