in

Saps Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Murid

Saps ibu bapa 2018 cara semakan untuk ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda, sejak tahun lalu sistem ini diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa serta murid membuat semakan secara terus melalui atas talian (online).

Hal ini juga berikutan dengan ibubapa atau penjaga boleh mengetahui serta memantau perkembangan prestasi belajar anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan  melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

Cara-Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan SapsIbuBapa :

Panduan 1 :-

Pertama anda perlu masuk ke pautan yang diberikan dibawah, bagi anda yang ingin menyemak keputusan sila klik pada pautan pertama, jika anda guru dan ingin mengemaskini markah sila klik pada pautan kedua.

Pautan Portal Semakan SAPS (Untuk Ibu Bapa / Pelajar)
SAPS Portal Rasmi Semakan Ibu Bapa – Keputusan Peperiksaan Pelajar
Pautan Menu Halaman Utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Untuk Guru Key-In Markah)
NKRA Pendidikan – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Panduan 2 :-

Berikut adalah halaman utama saps yang anda akan anda temui, pada halaman ini anda hanya perlu mengisi No Kp atau Sijil Lahir, pastikan  anda memasukkan data yang betul, sudah selesai klik pada butang cari.

Panduan 3 :-

Setelah selesai bahagian diatas, anda pelu pilih negeri, dan carian sekolah , sudah selesai anda boleh terus klik semak, dan keputusan peperiksaan akan dipaparkan.

Panduan 4 :-

Setelah selesai langkah 2 dan 3 anda akan dapat melihat keputusan markah peperiksaan pada bahagian tepi, seperti gambar yang kami tunjukkan dibawah.

Setelah berjaya Ibu Bapa / Penjaga / Pelajar boleh membuat pilihan untuk semakan keputusan peperiksaan. Sila pilih tahun dan jenis peperiksaan kemudian klik butang Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

  • Bagi Sekolah Rendah, sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 dan bagi Sekolah Menengah ianya hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan
  • Data serta rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya juga turut boleh disemak pada pautan tersebut
  • Jika No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka (pelajar) menghubungi guru kelas (GK) untuk memaklumkan masalah tersebut
  • Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah
  • Jika ada kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul atau kesilapan pengrekodan lain, sila lakukan tindakan seperti diatas
  • Sistem saps juga kadang kala tak boleh diakses pada waktu puncak, contohnya pada hari tersebut ramai capaian yang ingin menyemak keputusan pada masa yang sama. Jika anda mengalami situasi seperti itu anda diharap bersabar dan layari semula portal SAPS dari pada waktu biasa atau tengah malam
  • Untuk makluman juga kepada semua, keputusan peperiksaan SPM UPSR Dan PT3  tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Ianya hanya dikelurkan melalui slip peperiksaan yang akan diumukan tarikh setiap tahun

Dibawah adalah Jadual Key-in Markah Peperiksaan untuk panduan guru-guru.

Jadual Key-in Markah
Peperiksaan Tahun / Tingkatan Tarikh Mula Tarikh Akhir
Pertengahan Tahun Tahun 6 / Tingkatan 5 18 Mei 2017 16 Jun 2017
Percubaan Tahun 6 20 Julai 2017 18 Ogos 2017
Percubaan Tingkatan 5 14 September 2017 16 Oktober 2017
Akhir Tahun Tahun 5 / Tingkatan 4 20 November 2017 24 November 2017
nota Tarikh yang sama juga boleh digunapakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 mengikut sekolah masing-masing, ini hanyalah sekadar rujukan
Gred Sekolah Rendah
Julat Markah Gred Catatan
80-100 A Cemerlang
65-79 B Baik
50-64 C Memuaskan
40-49 D Mencapai Tahap Minimum
0-39 E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak Hadir
Gred Menengah Rendah
Julat Markah Gred Catatan
85-100 A Cemerlang
70-84 B Kepujian
60-69 C Baik
50-49 D Memuaskan
40-49 E Mencapai Tahap Minimum
00-39 F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
Julat Markah Gred Catatan
90-100 A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 A Cemerlang Tinggi
70-79 A- Cemerlang
65-69 B+ Kepujian Tertinggi
60-64 B Kepujian Tinggi
55-59 C+ Kepujian Atas
50-54 C Kepujian
45-49 D Lulus Atas
40-44 E Lulus
00-39 G Gagal
TH TH Tidak Hadir

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • saps murid
  • saps ibu bapa
  • semak slip peperiksaan pelajar
  • saps T2 2017 ibu bapa
  • sistem analisi peperiksaan sekolah//www google co in/search?_e_pi_=7,PAGE_ID10,2395685422
  • saps sekolah menengah
  • download keputusan peperiksaan
  • semakan keputusan peperiksaan akhir tahun sekolah menengah 2017
  • saps mu
  • semakan analisis peperiksaan murid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *