Sauna Cara Tradisional di Rumah

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat sauna anda sendiri di rumah?
Sauna adalah bilik yang kecil atau bangunan yang direka sebagai tempat untuk mengalami sesi panas atau basah. Wap dan kepanasan yang tinggi menyebabkan pengunjungnya berpeluh.
Aktiviti mandian sauna ini baik untuk kesihatan badan. Antara kebaikan sauna adalah ia bagus untuk melepaskan stress, mengendurkan otot, membuang toxin, membersihkan kulit, dan membakar kalori. Namun, kos untuk melawat lokasi yang menyediakan bilik sauna adalah tinggi.
Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips “Do-It-Yourself” (DIY) untuk menikmati aktiviti bersauna.

Resepi Sauna Istimewa

  1. Sediakan 10 batang serai, 10 helai daun kunyit dan segenggam bunga melati (atau mana-mana bunga organik)
  2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam satu periuk besar.
  3. Tambahkan air dan rebus sehingga mendidih.
  4. Tuangkan air tersebut ke dalam baldi
  5. Kemudian ambil selimut dan selubung seluruh tubuh anda dengan selimut bersama baldi berisi segala ramuan sauna.
  6. Semasa berselubung, wap dari baldi akan meresap ke dalam badan. Ini akan membuatkan badan kita berpeluh dan kaedahnya sama seperti sauna.
  7. Cubalah bertahan selama mungkin sehingga wap panas menyejuk.Badan anda akan berasa lebih ringan dan segar.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Recent search terms:

  • sauna kecil dirumah

Komen Disini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*