,

Sebab-Sebab Rambut Gugur

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Manusia biasanya akan menggugurkan sebanya 50 hingga 100 rambut sehari. Biasanya ini tidak akan menyebabkan penipisan rambut yangketara.

Kehilangan rambut berlaku apabila kitaran penumbuhan rambut dan pengguguran diganggu apabila folikel rambut telah rosak dan digantikan dengan tisu parut.

Punca sebenar keguguran rambut mungkin tidak boleh difahami sepenuhnya namun is biasanya berkaitan kepada antara faktor berikut :

  • Faktor Keturunan
  • Perubahan hormon
  • Keadaan Perubatan
  • Ubat-Ubatan

Faktor Keturunan

Antara punca lazim keguguran rambut adalah keadaan keturunan yang dipanggil kebotakan bercorak lelaki atau kebotakan bercorak perempuan.

Ia biasanya terjadi secara beransuran dan dalam corak diramal. Keturunan juga memberi kesan terhadap umur di mana anda mula menggugurkan rambut, kadar rambut gugur dan sejauh mana botak anda.

Corak kebotakan ini biasanya boleh dijumpai di kalangan lelaki dan boleh bermula seawal akhil baligh.

Perubahan Hormon dan Keadaan Perubatan

Pelbagai keadaan boleh menyebabkan keguguran rambut termasuk :

  • Perubahan Hormon. Perubahan hormon dan ketidakseimbangan boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Ini juga boleh berpunca akibat mengandung, kelahiran atau kedatangan meopause.
  • Kehilangan Rambut Setengah-Setengah. Keguguran Rambut jenis ini dipanggil alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem imunisasi badan menyerang folikel rambut — menyebabkan keguguran rambut secara tiba-tiba.
  • Jangkitan Kulit Kepala. Jangkitan, seperti kurap, boleh menyerang rambut dan kulit kepala anda. Setelah jangkitan telah dirawat, biasanya rambut akan tumbuh semula.

Ubat-Ubatan

Keguguran rambut boleh disebabkan oleh dadah yang digunakan untuk kanser, arthirits, kemurungan, masalah jangung, darah tinggi dan kawalan kelahiran. Pengambilan vitamin A yang berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • dadah punca rambut gugur
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *