Sekolah Wawasan

by Fiza on December 15, 2016

Sekolah Wawasan

Sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Berdasarkan konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

    1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
    2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
    3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
    4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

    • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
    • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
    • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
    • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
    • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini