,

Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kini, pengundi yang berdaftar boleh mengesahkan lokasi mengundi dan maklumat lanjut daftar undi secara online atau melalui SMS tanpa menunggu hari yang berdekatan pilihan raya untuk menyemak. Anda boleh menyemak pada bila-bila masa.

Semakan Daftar Pemilih Secara Online

Anda boleh menyemak daftar pemilih yang disahkan secara online dengan menggunakan laman web yang disediakan Suruhan Pilihan Raya Malaysia (SPR).

◎ Semakan Daftar Pemilih Individu

    1. Layari laman web Semakan Daftar Pemilih SPR di alamat: daftarj.spr.gov.my/daftarj
    2. Masukkan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar ke dalam kotak yang disediakan.
    3. Klik butang Semak.

Di antara maklumat yang dipaparkan dalam keputusan semakan ialah nama, tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan negeri pemilih.

◎ Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah

Untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak, anda boleh melawat laman web Sistem Semakan Daftar Pemilih Untuk Isi Rumah di pautan:

daftarj.spr.gov.my/semakdm

Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

Langkah-langkah membuat semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah seperti berikut:

    1. Taipkan mesej:SPR<jarak>[ No. KP ]

      Contoh: SPR  871114035243

Hantarkan SMS ke 15888

Atau

Taipkan mesej:

SPR<jarak>SEMAK<jarak>[ No. KP ]

Contoh: SPR  SEMAK  871114035243

 

  • Hantarkan SMS ke 15888

Anda akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • daftar spr gov my/ semakdm/
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Written by Fiza

mm

Ex-student IIUM menulis, melukis, bercerita memang hobi sejak lahir :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *