Semakan Status Permohonan MyKid Dan MyKad Melalui Online Terkini

Semakan Status Permohonan MyKid Dan MyKad Online Berikut adalah buat pemohon Kad Pengenalan atau IC di Malaysia.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menyediakan kaedah semakan melalui Online dan SMS untuk pemohon mengetahui status permohonan MyKad dan MyKid. Semakan juga boleh dibuat untuk permohonan MyPR dan MyKAS.

Kaedah sistem online ini memudahkan rakyat Malaysia dalam urusan dengan pihak berkaitan dengan lebih pantas.

Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Terkini

Kaedah semakan ini memudahkan pemohon untuk mengetahui status permohonan Kad pengenalan samada sudah siap atau belum.

Ianya sekaligus memudahkan pengguna yang tidak perlu datang ke Pejabat JPN hanya sekadar untuk menyemak status permohonan. Berikut diantara kaedah semakan buat panduan semua pengguna.

A. Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Online Dan SMS

Untuk makluman, MyKad adalah kad pengenalan untuk Warganegara Malaysia. MyPR adalah untuk pemastautin tetap manakala MyKAS untuk pemastautin sementara. MyKid adalah untuk kanak-kanak.

1. Semakan Online MyKad, MyPR & MyKAS

▶ Klik Sistem Semakan Permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS

▶ Masukkan No KP anda di ruangan yang disediakan. No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan.

▶ Contoh : 501212113343

▶ Isikan CAPTCHA dan tekan button SEMAK.

▶ Status permohonan akan dipaparkan.

2. Semakan Status Permohonan MyKid Online

▶ Klik MyKid untuk membuat semakan.

▶ Untuk panduan, klik Manual Pengguna

▶ B. Semakan Melalui SMS

▶ Status permohonan juga boleh disemak melalui kaedah perkhidmatan MySMS.

1) MyKad

▶ Taip JPNMYKAD <jarak> No Kad Pengenalan

▶ Hantar SMS ke 15888

2) MyKid

▶ Taip JPNMYKID <jarak> No MyKid

▶ Hantar SMS ke 15888

Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran. Caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna sebagai panduan.

Khidmat JPN Zoom

Selain itu, JPN ada menyediakan khidmat JPN Zoom : Serahan MyKad secara pandu lalu di JPN Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook JPN.

P/S : Selamat membuat malaysiaviralstory. Semoga perkhidmatan Semakan Status Permohonan MyKad dan MyKid secara Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua rakyat Malaysia.

Recent search terms:

  • semakan permohonan my
  • abp online semakan UKS permohonan my

Komen Disini

About the Author

mvs

Menulis sambil mencari erti kehidupan sebenar

Be the first to comment on "Semakan Status Permohonan MyKid Dan MyKad Melalui Online Terkini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Send this to friend