≡ Menu

Senarai Kata Laluan (Password) Paling Lemah di Internet

Demi melindungi keselamatan akaun peribadi, pengguna internet digalakkan mencipta kata laluan yang rumit.
Ia mesti merangkumi adunan pelbagai huruf dan nombor serta panjang. Pengguna internet juga dinasihatkan supaya menggunakan lebih daripada satu kata laluan bagi akaun laman web yang lain supaya dapat mengelakkan penggodam mengesannya dan mengakibatkan malapetaka kepada kehidupan “dunia tanpa sempadan” mereka.

 

Bagaimanapun menurut laporan terbaharu syarikat SplashData iaitu sebuah syarikat keselamatan dalam talian baru-baru ini mendedahkan senarai Kata Laluan Paling Lemah tahunan memaklumkan bahawa kata laluan “password” telah terkeluar daripada kedudukan nombor satunya, apabila ia diambil alih oleh kata laluan bernombor.

 

Kata laluan ketiga paling lemah adalah “12345678” berada pada kedudukan tidak berubah sejak 2012 manakala “abc123” dan “qwerty” menduduki carta kedudukan keempat dan kelima.

Bagi individu yang merupakan pengguna internet harian, mesti laksanakan langkah keselamatan sewajarnya, supaya manfaat internet boleh dinikmati secara penuh, lengkap dan memuaskan.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend