≡ Menu

Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein

Nama kimia kafein adalah trimetilksantina dalam keluarga metilksantina dan ia berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.
Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.

Kesannya Terhadap Wanita Mengandung

Ramai yang berfikir bahawa hanya kopi saja mengandungi kafein. Namun sebaliknya, kafein juga boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica), daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama cacao). Ia juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain seperti pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan dan ramai remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein malah kandungan gula yang tinggi.

Kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma. Sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung yang tinggi serta kekerapan untuk kencing.

Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang mengandungi kafein selain kopi.

Senarai Jenis Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein

Jenis Makanan & Minuman Kandungan Kafein (mg) Dos
Kopi Tapis/Saring 100 – 150 satu cawan
Kopi Segera 50 – 70 satu cawan
Teh 30 – 90 satu cawan
Teh Uncang 65 satu cawan
Kopi Nyah Kafein 1 – 6 satu cawan
Minuman Kola 72 360g
Soda Oren Sunkist 42 360g
Minuman Coklat Panas 5 satu cawan
Kek Coklat 20 – 30 satu potong
Ubat-ubatan
Ubat Migrain 100 mg/dos
Analgesik 15 – 40 mg/dos
Batuk/Selsema 15 – 125 mg/dos

Kesan Kafein Ke Atas Wanita Mengandung

Wanita yang sedang hamil tidak digalakkan untuk mengambil jumlah kafein yang didapati dalam kopi, teh, minuman berkarbonat dan juga coklat secara berlebihan.

Berdasarkan beberapa kajian, jumlah kafein yang selamat diambil adalah sebanyak 200mg sehari yang bersamaan dengan dua gelas kopi, dua gelas teh, enam tin Coca Cola atau empat bar coklat 50 gram. Wanita yang mengambil lebih dari 300mg kafein berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi dalam melahirkan bayi yang berat badannya kurang 100-200g berbanding dengan wanita lain.

Kesan sampingan seperti keguguran, kelahiran bayi yang kurang berat badan serta masalah reproduksi yang lain boleh berlaku akibat mengambil kafein yang berlebihan. Demi mengelakkan masalah tersebut dari berlaku, adalah lebih baik sekiranya anda tidak mengambil sebarang kafein dalam tempoh 9 bulan tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari.

Terima Kasih kerana meluangkan masa di laman sesawang Malaysiaviralstory

Jika tidak keberatan sila Share ke Facebook/Whatsapp/Telegram atau sebagainya kepada rakan-rakan anda untuk mereka ketahui tq.

Komen Disini

Recent search terms:

  • senarai kopi tanpa kafein
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Send this to friend